Artikel Terkini

PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR

PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR
PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pembubaran parlimen ke-14 untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam sidang media tergempar yang berlangsung jam 3 petang tadi, Ismail Sabri berkata pembubaran ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” katanya.

PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR 2

Ismail Sabri berkata, beliau mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan pilihan raya umum peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

Penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi adalah tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Ketika ini, mandat dipulangkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang teguh,” kata Ismail Sabri.

Semalam, Ismail Sabri dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dipercayai untuk mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen. Kunjungan itu bagaimanapun tidak diketahui media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke London, malam tadi bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom, mulai hari ini hingga 16 Oktober.


PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list