Artikel Terkini

Polis cari lelaki ketuk cermin kereta dengan batu bata

Polis cari lelaki ketuk cermin kereta dengan batu bata
Polis cari lelaki ketuk cermin kereta dengan batu bata 1

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan individu dipercayai pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong.

Ia susulan tular di media sosial tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sebuah kereta menggunakan bongkah batu bata dan memarahi pemandunya dengan kata-kata kesat.

Kejadian dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, Kepong, Kuala Lumpur, menurut Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan itu, polis memohon kepada individu terlibat tampil membuat laporan polis di mana-mana balai yang berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

Atau orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-6274 2312 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222. – MalaysiaGazette


Polis cari lelaki ketuk cermin kereta dengan batu bata 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list