Artikel Terkini

Program Miracle Baby atasi kekangan pakar bedah jantung berlubang, kongenital

Program Miracle Baby atasi kekangan pakar bedah jantung berlubang, kongenital
Program Miracle Baby atasi kekangan pakar bedah jantung berlubang, kongenital 1

GEORGE TOWN – Seramai 5,000 bayi dilahirkan dalam negara menghidap penyakit jantung berlubang dan kongenital (kecatatan) setiap tahun menyebabkan kebanyakan mereka memerlukan rawatan pembedahan jantung dengan kepakaran yang kompleks.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran dalam pembedahan jantung berlubang dan kongenital ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Program Miracle Baby yang dilancarkan secara rasmi di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari ini.

Jelasnya, Program Miracle Baby ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara KKM, Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Hospital Sri Sathya Sai Sanjeevani (SSSSH) India, bagi membolehkan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak kompleks dijalankan di HPP.

“Ini merupakan idea yang diusulkan oleh Canselor UTAR, Tun Dr. Ling Liong Sik selepas mengadakan lawatan ke SSSSH pada tahun 2016, disusuli dengan lawatan oleh pakar kardiologi pediatrik KKM ke SSSSH di Naya Raipur setahun selepas itu.

“Kerjasama strategik KKM, UTAR dan SSSSH India ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan jantung kompleks kanak-kanak yang berkualiti dan akan diteruskan sebagai satu inisiatif bantuan kemanusiaan, keprihatinan dan kebajikan untuk para pesakit dan ibu bapa.

“Melalui program ini, pakar-pakar jantung di HP akan bekerjasama dengan pasukan pembedahan dari SSSSH India untuk melakukan pembedahan jantung manakala pihak UTAR pula bertindak untuk menyelaraskan urusan logistik dengan bantuan dan sokongan dari orang awam,” katanya dalam ucapan menerusi rakaman video pada Program Miracle Baby di HPP hari ini.

Menurut Noor Hisham, program rintis ini telah dimulakan pada 28 November lalu dan akan berlangsung selama dua minggu.

Kata beliau, ia dijayakan dengan pasukan Pakar Pembedahan Kardiotorasik HPP diketuai oleh Datuk Dr. Basheer Ahamed Abdul Kareem, dan dibantu oleh Dr. Abu Yamin Kamis (Pakar Pembedahan Kardiotorasik), Dr. Mohamad Hanafi Mohd (Pakar Anestesia Jantung), dan Dr. Mohammad Tamim Jamil (Pakar Jantung Pediatrik).

Manakala, pasukan dari SSSSH pula diketuai oleh Pakar Bedah Jantung, Dr. Krishna Manohar dan Pakar Anestesia Kardiak Pediatrik, Dr. Subramanian Chellappan.

“Sehingga hari ini, seramai 12 orang pesakit termasuk tiga orang pesakit dari Sabah telah dihantar ke HPP untuk menjalani rawatan.

“Sebagai makluman, sebelum ini KKM telah menaja pesakit-pesakit untuk menjalani rawatan pembedahan di luar negara dengan bekerjasama badan-badan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara untuk menangani masalah kekangan slot rawatan pembedahan dalam negara.

“Bagi memastikan kelestarian perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak dalam negara perbincangan lanjut antara pakar-pakar dan pihak pengurusan KKM, SSSSH dan UTAR bersetuiu untuk meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik serta memerlukan rawatan pembedahan jantung melalui program Miracle Baby,” jelas beliau.

Mengulas lanjut Noor Hisham berkata, program ini dijangka memberi manfaat kepada kanak-kanak tempatan dan ibu bapa dengan kos minimum serta membolehkan pemindahan pengetahuan, kepakaran, kemahiran serta latihan kepada pakar-pakar dan paramedik di KKM.

“Aktiviti ini dapat memangkin hasrat KKM untuk memulakan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak dalam skala lebih besar di Hospital Seberang Jaya yang dijangka siap lewat 2023.

“Di samping itu, program ini juga membuktikan komitmen dan visi KKM untuk memperkasakan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak dan memastikan aktiviti latihan kepakaran bedah tempatan terutamanya melibatkan jantung kanak-kanak berjalan dengan lancar.

“Oleh yang demikian, KKM mengalu-alukan kerjasama dengan pinak UTAR dan SSSSH dalam Program Miracle Baby ini untuk jangka masa panjang dengan menjemput pakar-pakar dari SSSSH India ke Malaysia secara berkala dengan objektif berkongsi kepakaran pembedahan jantung dengan menjalankan pembedahan untuk 15 hingga 20 orang kanak-kanak bagi setiap lawatan,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Program Miracle Baby atasi kekangan pakar bedah jantung berlubang, kongenital 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list