Artikel Terkini

Projek ECRL berjaya capai 10 juta jam tanpa kemalangan

Projek ECRL berjaya capai 10 juta jam tanpa kemalangan

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini dalam fasa pembinaan rel sepanjang 665 kilometer berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan (LTI).

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pencapaian itu berjaya direkodkan pada akhir bulan Februari lalu.

“Pencapaian 10 juta jam LTI ini sejajar dengan usaha kita yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja projek ECRL.

“Sehingga ini, projek ini memiliki 17,000 tenaga kerja merangkumi kakitangan MRL, kontraktor (China Communications Construction – ECRL Sdn. Bhd.) dan sub-kontraktor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Darwis berkata, pencapaian 10 juta jam LTI itu turut disumbang oleh komitmen MRL mewujudkan tiga pusat latihan keselamatan dalaman di Kemaman serta Maran dan Bentong, Pahang.

Jelas beliau, pusat latihan keselamatan tersebut dilengkapi dengan teknologi realiti maya (VR) yang membolehkan simulasi hampir 100 situasi berpotensi berbahaya di tapak pembinaan dilaksanakan dengan lebih praktikal dan menjimatkan masa.

“Antara simulasi yang boleh dilakukan menggunakan teknologi VR ialah pemindahan dari terowong, kejutan elektrik, ujian asas topi keledar keselamatan dan penolakan penahan dinding.

“Setakat ini, lebih 1,000 kakitangan (ECRL) telah terlibat dalam simulasi dan latihan ketangkasan reaktif di pusat latihan keselamatan berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

 


kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo