Artikel Terkini

Prorakyat tuntut PM pertimbangkan pengeluaran KWSP sehingga RM30,000

Prorakyat tuntut PM pertimbangkan pengeluaran KWSP sehingga RM30,000
Prorakyat tuntut PM pertimbangkan pengeluaran KWSP sehingga RM30,000 1

SUBANG – Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 itu sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan daripada pencarum KWSP yang mahu pengeluaran dibenarkan sekali lgi.

“Kita menerusi resolusi ini mengemukakan empat tuntutan kepada Kerajaan Perpaduan iaitu pertama membabitkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 secara one off.

“Keduanya ada dalam kalangan pencarum ketika ini mempunyai tunggakan pinjaman bank yang perlu diselesaikan dan tidak kurang juga ada yang sudah hilang pekerjaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dua tahun yang lalu dan baru memulakan pekerjaan serta perniagaan dan ini memerlukan sokongan sumber kewangan,” katanya oada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Khairul Anuar, pinjaman daripada Tekun Nasional (Tekun) dan bank bukanlah jalan terbaik ketika ini untuk rakyat mempunyai wang di tangan.

“Selain itu, Pengeluaran KWSP terbukti akan menggalakkan proses pemulihan ekonomi yang mana akan menggalakkan pengaliran wang melalui pembelian barang keperluan, pembayaran hutang, pembayaran bil-bil tertunggak dan perbelanjaan sekolah.

“Kami mahu memberitahu PM bahawa para pencarum masih terjejas akibat tempias Covid-19 dan bergelut untuk keluar dari masalah itu selain masih dalam proses mencuba dan berusaha mendapatkan pekerjaan baharu.

“Malah ada perniagaan kecil yang baru diusahakan dan sedia ada masih tidak menentu serta tidak konsisten akibat kesan PKP kerajaan sebelum ini,” ujarnya.

Tambah beliau, tunggakan hutang rumah dan kenderaan masih belum dapat ditampung pendapatan semasa sesetengah individu dan jika cadangan itu dibenarkan, sebahagian besar daripada 7.5 juta pencarum berpeluang untuk memohon pengeluaran wang KWSP.

itu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin yang menerima memorandum berkata, beliau akan menyerahkan memorandum Prorakyat itu untuk pertimbangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebarang keputusan sama ada mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini adalah budi bicara dan kebijaksanaan PM,” katanya. – MalaysiaGazette

Prorakyat tuntut PM pertimbangkan pengeluaran KWSP sehingga RM30,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list