Artikel Terkini

Pulau Kanibal Soviet Yang Berdarah

Pulau Kanibal Soviet Yang Berdarah
Pulau Kanibal Soviet Yang Berdarah 1

Sebelum Tirai Besi jatuh pada 1991, terdapat banyak peristiwa menyayat hati yang direkod dan disimpan dalam arkib-arkib Soviet. Kebanyakannya dirahsiakan atas alasan keselamatan dan kestabilan negara. Jika diketahui, ia sudah pasti menimbulkan kemarahan orang ramai seperti kisah Pulau Kanibal Rusia!

Sebelum menyentuh kisah pulau kanibal itu, molek bagi kita menelusuri tahun-tahun awal pemerintahan Kesatuan Soviet. Selepas ia ditubuhkan pada 1917, kerajaan membatalkan pasport penduduk ketika itu. Alasannya, ia membenarkan mereka bergerak dengan bebas dan mencari rezeki di mana-mana.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Tetapi malangnya, kebanyakan mereka yang berhijrah merupakan golongan miskin termasuk golongan petani. Bagi mencari peluang kehidupan yang lebih baik, ramai berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Moscow dan St Petersburg. Dan ini mencetuskan pelbagai masalah seperti kekurangan rumah untuk penduduk.

Pertambahan penduduk yang mendadak di bandar-bandar besar mendorong Stalin menggerakkan kempen pembinaan populasi di Siberia menggunakan kelompok sosial yang terasing. Sumber: Arkady Shaikhet/МАММ/МDF/russiainphoto.ru

Bagi mengatasi isu ini, sistem pasport diperkenalkan semula dengan golongan pekerja diberi pasport pada 1932. Bagi golongan petani pula, pasport hanya diperoleh selepas tahun 1974. Sebelum tahun tersebut, mereka akan ditahan dan dikumpulkan bersama golongan tidak berumah, pengemis, pelacur atau mana-mana kumpulan yang tidak boleh menyumbang kepada tenaga buruh.

Mana-mana individu yang ditahan turut berdepan prospek harta mereka (jika ada) dirampas. Setelah itu, mereka akan dihantar ke Siberia bagi membina petempatan baru dan bekerja atas nama negara. Bagi kerajaan pimpinan Josef Stalin, ia bukan sekadar membersihkan kota-kota Rusia daripada golongan hina ini. Malah, ia membantu mereka membina populasi di wilayah-wilayah terpencil seperti Siberia.

Tetapi tidak semua yang ditahan tergolong dalam golongan yang dinyatakan. Ada yang ditahan kerana tidak memiliki pasport walaupun mereka mempunyai pasport yang sah. Ada yang dicekup polis semasa mengunjungi rumah saudara atau sekadar membeli barang di kedai. Malah, ada juga figura terkenal ketika itu seperti ketua polis Moscow dan anak kepada pendakwaraya wilayah Tomsk dicekup dan dikumpulkan bersama mereka.

Dalam kes sebegini, mereka akan dijamin keluar oleh individu-individu berpengaruh. Tetapi tidak semua yang ada rakan atau ahli keluarga berstatus sedemikian. Mereka yang dikumpul akan dihantar ke Siberia bersama kumpulan penjenayah yang dikenakan hukuman kerja buruh. Kumpulan ini turut dihantar ke Siberia bagi mengelakkan masalah terlalu banyak banduan di penjara ketika itu.

Dan di sinilah bermulanya kisah Pulau Kanibal Rusia. Pada Mei 1933, 6,000 tahanan dibawa ke sebuah pulau terpencil bernama Nazinsky di Sungai Ob berhampiran perkampungan Nazino, Siberia. Mereka dibawa ke situ secara sementara berikutan kem yang sepatutnya menempatkan mereka masih belum siap. Tidak ramai sedar keputusan membawa tahanan-tahanan ini ke pulau berkenaan merupakan permulaan tragedi berdarah.

Tahanan yang tiba tidak bersedia langsung dengan iklim dan cuaca Siberia. Pakaian yang dipakai ialah pakaian sama yang dipakai semasa ditahan dan dihantar ke situ. Selain itu, mereka juga tidak dibekalkan sebarang peralatan untuk membina petempatan sementara sebagai tempat berlindung.

Sumber: Muzium Sejarah Negeri Ural Selatan/russiainphoto.ru

Menjelang hari kedua, angin sejuk mula bertiup disusuli cuaca hujan. Tahanan-tahanan yang kesejukan memilih sama ada duduk rapat-rapat mengelilingi unggun api atau mencari apa saja bentuk tumbuhan untuk dijadikan sebagai makanan. Tiada sebarang inisiatif oleh para pengawal untuk membekalkan mereka dengan makanan.

Menjelang hari keempat, barulah bekalan makanan tiba dengan setiap tahanan hanya mendapat beberapa gram tepung rai. Sebagai ganti untuk bekas atau mangkuk, mereka menggunakan apa saja bahan yang boleh dijadikan sebagai bekas termasuk pakaian dan topi bagi membolehkan mereka membuat bubur.

Tidak lama selepas itu, kematian mula menjengah kem berkenaan. Ratusan tahanan mati sama ada akibat kesejukan, hangus terbakar (terlalu dekat dengan unggun api) atau kerana keletihan. Dalam sesetengah kes, ada juga yang mati kerana menjadi mangsa amukan pengawal-pengawal kem. Sesiapa yang cuba melarikan diri dari pulau berkenaan akan ditembak mati oleh unit pengawal yang bersenjatakan mesingan.

Mengikut keterangan tahanan yang terselamat, kumpulan tahanan pertama yang mengamalkan kanibalisme ialah kumpulan penjenayah tegar. Bagi menjamin daging manusia yang berterusan, mereka membentuk kumpulan tertentu dan mengganggu para banduan lain.

Menurut seorang wanita yang ketika itu berusia 13 tahun, dia masih ingat nasib malang menimpa seorang wanita di kem berkenaan. Selepas pengawal berlalu dari kedudukannya, wanita itu ditangkap oleh sekumpulan tahanan sebelum diikat pada sebatang pokok dan ditikam sampai mati. Setelah itu, setiap daging pada mayat wanita yang tidak berdosa itu diambil dan dijadikan sebagai makanan.

Tambah saksi itu lagi, penduduk kampung bukan sekali menyaksikan daging manusia yang dikoyak atau dipotong dan tergantung di atas pokok. Mereka juga tahu di setiap kawasan, pasti ada saja mayat yang ditanam selepas mereka selesai melapah daging mayat.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Jika anda rasa ini tidak mengejutkan, lihat pula keterangan seorang tahanan ini. Tahanan bernama Uglov ini memberitahu pihak berkuasa kebiasaannya, mereka memilih orang yang nazak sebagai sasaran. Orang tersebut akan dibunuh sebelum daging pada setiap bahagian badannnya dilapah sebelum dimakan. Keterangan tahanan ini dibuat semasa siasatan dijalankan berkenaan tragedi Nazino beberapa bulan kemudian.

Sebulan selepas itu, barulah tahanan-tahanan ini dikeluarkan dari Nazinsky. Tetapi sebaik tiba di kem mereka, masalah seperti kesejukan dan kekurangan makanan terus menggugat para tahanan ini. Daripada 6,000 orang yang dibawa ke Nazinksy, hanya 2,000 orang sahaja yang terselamat.

Tragedi ini boleh saja tidak diketahui jika tidak kerana tindakan berani seorang pengajar jawatankuasa parti peringkat daerah Narym bernama Vasily Velichko. Dia dihantar ke kem ini untuk membuat laporan kejayaan program penggubahan status warga terhina Soviet sebagai aset terbaru negara ketika itu. Tetapi sebaik tiba di Nazino, Velichko merasa terkejut dengan apa yang berlaku dan menghantar satu laporan terperinci kepada Kremlin.

Vasily Velichko. Sumber: Radio Free Europe/Radio Liberty.

Susulan itu, satu jawatankuasa khas siasatan dibentuk dan diarah menyiasat kisah kanibalisme di Nazinsky. Sebaik tiba di pulau berkenaan, mereka bukan saja mendapatkan keterangan penduduk, tahanan dan pengawal kem. Malah, tahanan-tahanan turut menunjukkan 31 buah kubur besar yang menempatkan antara 50 hingga 70 mayat pada setiap liang lahad.

Sebaik Kremlin mendapat tahu skala sebenar kanibalisme di Nazinsky, lebih 80 tahanan dan pengawal didakwa di mahkamah. 23 daripadanya didakwa atas kesalahan mencuri dan memukul dengan 11 lagi atas dakwaan kanibalisme.

Tetapi nak harapkan laporan ini diketahui orang ramai, lupakanlah. Ini kerana laporan siasatan termasuk laporan asal yang difailkan Velichko dikelaskan sebagai fail rahsia dan disimpan dalam arkib Soviet. Ia hanya didedahkan kepada umum pada tahun 80-an, beberapa tahun sebelum kejatuhan Tirai Besi.

Pastinya Velichko juga turut diberi amaran keras agar tidak menyebut perihal Pulau Kanibal Rusia buat selama-lamanya. Dia mempunyai alasan baik untuk berbuat demikian. Sekitar tahun 30-an sehingga menjelang Perang Dunia Kedua (WWII), Stalin menggerakkan kempen The Great Purge. Mana-mana individu yang disyaki mengkhianati beliau atau Soviet akan ditahan dan dipenjarakan atau dihukum mati.

Walaupun kehilangan jawatan sebagai tenaga pengajar jawatankuasa yang diwakilinya. sekurang-kurangnya Velichko masih hidup. Dia kemudiannya menjadi koresponden perang sepanjang WWII sebelum menulis beberapa novel berkenaan eksperimen sosial di Siberia. Tetapi subjek Pulau Kanibal Rusia langsung tidak disentuh.

Setiap tahun, sekumpulan kecil penduduk akan pergi ke Nazinsky. Di situ, mereka akan meletakkan kalungan bunga pada bahagian bawah salib kayu yang dipasang di situ. Ia dibuat sebagai memperingati tragedi berdarah yang berlaku pada musim panas 1933 itu.

Kisah ini turut menjadi inspirasi kepada sebuah filem terbitan Netflix yang berjudul The Bad Batch. Filem yang menampilkan Jason Momoa (Aquaman) dan Jim Carrey (Sonic the Hedgehog) mengisahkan bagaimana orang yang dianggap terasing dari segi sosial dibuang negeri ke kawasan gurun terpencil dalam versi masa depan Amerika Syarikat yang gelap.

Siapa yang terpilih akan ditatu sebelum dihantar ke kawasan gurun di luar Texas. Disebabkan ia tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada Amerika Syarikat, mereka bebas melakukan jenayah tanpa perlu bimbang dikenakan hukuman. Ini membawa kepada aktiviti kanibalisme dengan sesetengah daripadanya mengambil dadah bagi menghilangkan trauma akibat perlakuan mereka itu.

RUJUKAN

Filimonov, A. (2018, 5 Julai). Cannibal Island: In 1933, Nearly 5,000 Died In One Of Stalin’s Most Horrific Labor Camps. Radio Free Europe/Radio Liberty.

Egorov, B. (2021, 13 Julai). The HARROWING true story of the USSR’s ‘Cannibal Island’. Russia Beyond.

Pulau Kanibal Soviet Yang Berdarah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list