Artikel Terkini

“Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta.”

“Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta.”
"Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta." 1

Susulan tular kes penderaan kanak-kanak kelainan upaya (OKU), Bella sehingga mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah keluarga kerabat Diraja Johor.

Ini dapat dilihat sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial berkenaan titah  rasmi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenaan kes penderaan remaja sindrom down, adik Bella yang dipercayai dilakukan pengasas Rumah Bonda.

Bukan itu sahaja, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun  memaklumkan beliau akan menghadap baginda pada hari ini bagi membincangkan perkembangan kes tersebut.

Hasil daripada pertemuan dan perbincangan yang berlangsung pada petang tadi, Tunku Ismail mencadangkan undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 segera dipinda.

Ini adalah bagi memastikan kes penderaan mangsa sindrom down seperti Bella tidak akan berulang kembali pada masa akan datang.

“Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan dengan segera, di mana ia haruslah merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan.

"Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta." 2

Titah baginda, tindakan ini adalah untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.

Difahamkan, cadangan tersebut hasil daripada buah fikiran baginda selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Wakil Pertubuhan Antarabangsa UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex di Royal Johor Club.

Selain itu, Tunku Ismail menyarankan dua cadangan yang bersesuai bagi meningkatkan tahap kawalan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang mendiami rumah lindungan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan,” titahnya."Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta." 3

Di samping itu, baginda mengarahkan kepada pihak berkuasa untuk segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram di Johor dengan serta-merta tanpa berkrompomi dengan mana-mana pihak.

“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” katanya.

Seterusnya, Tunku Ismail turut mencadangkan kepada pihak kerajaan agar segera membuat kajian mengenai syarat bagi menjalankan operasi pusat jagaan kanak-kanak.

Dan, berhasrat ia diaplikasikan pada pusat jagaan kanak-kanak di Negeri Johor."Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta." 4

“Kajian ini harus bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut didedahkan kepada umum dan saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya penghuni di rumah perlindungan tersebut yang hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

Sumber:  Facebook The Royal Johor


"Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta." 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list