Artikel Terkini

Puteri Sarah Bangga Berjaya Beli Kereta Idaman RM250,000

Puteri Sarah Bangga Berjaya Beli Kereta Idaman RM250,000
Puteri Sarah Bangga Berjaya Beli Kereta Idaman RM250,000 1

Pelakon Puteri Sarah bangga dengan pencapaian dirinya apabila berjaya membeli kereta mewah, Mercedes A-Class hasil titik peluhnya sendiri.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata akhirnya dia dapat memiliki kereta idamannya sekaligus membuktikan kepada mereka yang mengatakan dia hanya bergantung pada suami.

BACA: “Kekuatan Untuk Bekerja Datang Dari Bapa Mentua Saya” – Puteri Sarah

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri.

“Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami.

“Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya. Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mendorongnya untuk kembali bekerja dan meluahkan rasa syukur banyak rezeki tawaran berlakon diterima.

“Datuk pernah cakap buat apa saya nak terperap di rumah dan terus bersedih. Lebih baik keluar bekerja. Alhamdulillah, saya masih diterima baik dan tawaran berlakon tak pernah putus sampai sekarang.

“Dalam masa sama, setiap apa yang saya usahakan mendapat sokongan semua. Terima kasih banyak kepada semua peminat dan orang ramai atas doanya yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” katanya.


Puteri Sarah Bangga Berjaya Beli Kereta Idaman RM250,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list