Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia sering diganggu dengan puluhan akaun media sosial palsu yang meninggalkan komen seolah-olah mahu menyakitkan hatinya sejak tiga tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi beberapa InstaStory mengenai gangguan dalam rumah tangganya selain memetik nama anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kaza.
“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya dari 2019 lagi.
“Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.
“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.
“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” tulisnya.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan kepada Ira supaya berhenti mengganggu hidupnya apatah lagi berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ni, saya doakan korang berdua Ira dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah.
“Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” kata pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu.
Sementara itu, Puteri Sarah turut mempersoalkan tindakan yang didakwa tidak putus asa mengganggu suami orang walaupun sudah mempunyai teman lelaki.
“Mana pergi semua teman lelaki anda? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang?
“Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang.
“Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” luahnya lagi.
Sekitar September 2020, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah filem terkenal itu didakwa sedang dilanda masalah selepas timbul dakwaan pelakon tersebut hadir ke sebuah pejabat agama.
Bagaimanapun, peminat dapat menarik nafas lega apabila Puteri Sarah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anak-anak ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Pasangan tersebut berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan Syaikhul Islam, 4, dan Sumayyah yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Harian Metro , Instagram Puteri Sarah
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo