Artikel Terkini

Rahmat terselindung di sebalik kerjasama UMNO, PH

Rahmat terselindung di sebalik kerjasama UMNO, PH
Rahmat terselindung di sebalik kerjasama UMNO, PH 1

DI SEBALIK kecaman terhadap Barisan Nasional dan UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas PRU15 ada pihak yang melihat ada sisi positif.

Kata orang, ada rahmat terselindung.

UMNO digelar bagai menjilat ludah sendiri kerana ‘berkawan’ dengan PKR, DAP dan Amanah.

Ada juga kata semua itu pakatan dari antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi.

Dek kerana itu imej Ahmad Zahid tercalar dalam kalangan ahli-ahli partinya sendiri.

Bagaimanapun selepas taklimat presiden Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) dan ucapan dasar semalam – semakin ramai perwakilan mula memahaminya.

Ahmad Zahid menegaskan, kerjasama dengan PH tidak pernah terjalin sebelum PRU15.

Selain menjadi sebahagian kerajaan walaupun corot dalam PRU15, kerjasama itu bagi sesetengah perwakilan memberi talian hayat UMNO untuk terus bernyawa.

Bagi mereka, dalam jangka panjang, kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) lebih banyak mudarat.

Pertama, jika bekerjasama, PN sudah tentu menjadi ‘abang besar’ kerana jumlah kerusinya yang banyak.

Jadi peristiwa UMNO ‘di tolak rapat ke dinding’ seperti kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pasti berulang.

Kedua, kemenangan besar Bersatu dan Pas dalam PRU15 yang menyapu licin kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan sudah pasti tidak dilepaskan kepada UMNO/BN.

Dengan PH, sudah tentu BN boleh bertanding semula di kawasan berkenaan tanpa banyak bantahan semasa PRU16 kelak.

Ketiga, bersama PN sudah tentu jawatan jemaah Kabinet UMNO sedikit – silap-silap satu sahaja menteri, kata beberapa perwakilan.

Bersama PH, wakil UMNO dilantik menerajui kementerian utama termasuk Kementerian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Pertahanan.

Keempat, kerjasama dengan PH memberi ruang kepada UMNO/BN menembusi kawasan bandar dan bukan lagi digelar jaguh di kawasan pedalaman sahaja.

Mungkin ada penyokong DAP atau PKR memegang bendera BN dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi dan peluang memenangi kerusi di bandar besar semakin cerah.

Bak kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; “Sampai bila UMNO mahu kuasai kawasan pedalaman sahaja dan bila mahu menang di kawasan bandar besar”.

Peluang terbuka kepada UMNO/BN menapak semula di Selangor dan Pulau Pinang.

Apa pun, segalanya berkemungkinan dan kerja keras dan solidariti sahaja mampu menjadikannya realiti.

Jangan sekadar kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi! – MalaysiaGazette

Rahmat terselindung di sebalik kerjasama UMNO, PH 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list