Artikel Terkini

Rakyat faham pembentukan Kerajaan Perpaduan, tak mahu episod Langkah Sheraton berulang lagi

Rakyat faham pembentukan Kerajaan Perpaduan, tak mahu episod Langkah Sheraton berulang lagi
Rakyat faham pembentukan Kerajaan Perpaduan, tak mahu episod Langkah Sheraton berulang lagi 1

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akhirnya membuka mulut selepas mendiamkan diri sejak daripada keputusan Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 (PRU15).

Menerusi video di Tik Toknya malam tadi, Rafizi berkata, keputusan PRU15 mempunyai hikmah apabila mendesak semua pihak yang bersengketa dalam politik sebelum ini duduk semeja dan mengutamakan rakyat.

“Ia bermakna dalam dua perkara iaitu pertamanya memberi kestabilan politik agar kerajaan ini kekal lima tahun dan ada peluang melaksanakan dasar yang berkesan membantu rakyat tanpa ada banyak gangguan.

“Keduanya, matlamat kerajaan yang diundi oleh rakyat adalah untuk memperbaiki ekonomi supaya kehidupan harian menjadi lebih baik,” katanya.

Rafizi yang juga merupakan Menteri Ekonomi turut menyeru untuk semua pihak mengutamakan rakyat.

“Yang jadi kerajaan seperti saya, rakyat akan menilai setiap gerak-geri kita.

“Ini masa untuk bekerja siang dan malam untuk melaksanakan semua idea yang kita pernah ada sebeum ini.

“Yang jadi pembangkang seperti Perikatan Nasional (PN), jadilah pembangkang yang baik, jika ada penyelewengan di sebelah kami, bongkarlah seperti yang saya pernah buat dahulu.

“Kalau boleh, sampai pecah rekod saya masuk lokap berkali-kali dan sampai kena saman 16 kali, kalau boleh pecah rekod itu, lebih baik.

“Berbahaslah dengan cara berilmiah, membawa idea di Parlimen,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi video berdurasi sembilan minit 45 saat itu juga, Rafizi turut mengakui beliau merupakan salah seorang perunding Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan perpaduan.

“Kenapa PH membentuk kerajaan perpaduan bersama BN, Warisan, GPS dan GRS? Kegagalan PN dalam episod curi ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan menyebabkan mereka naik marah.

“Macam-macam mereka panggil, kerajaan zina, luar tabii dan perkara ini akan berterusan dalam beberapa minggu akan datang.

“Saya tidak bersuara sebelum ini kerana merupakan salah seorang perunding utama yang memikul tanggungjawab menyelaras penubuhan Kerajaan Perpaduan.

“Orang ramai, pihak media dan macam-macam pihak lagi akan cuba mendapat maklumat daripada saya.

“Jika kita perunding, rahsia rundingan itu amat penting agar tidak merumitkan keadaan,” katanya.

Jelas Rafizi lagi, kerajaan perpaduan ini wujud kerana tidak ada parti yang memperoleh undi majoriti.

“Saya sudah jangka perkara ini akan terjadi, di mana tiada parti boleh bentuk kerajaan tetapi PH menjadi blok terbesar.

“Lebih unik lagi, keputusan ini (PRU-15) menyaksikan PN dan PH, masing-masing tidak boleh bentuk kerajaan sendiri tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN).

“Mana-mana gabungan memerlukan BN untuk bentuk kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, rakyat memahami dan tidak mahu episod Langkah Sheraton berulang kembali.

“Ada ahli Parlimen yang membida kerajaan dengan mengalihkan sokongan semata-mata, agar diberikan jawatan.

“Sebab itu, Parlimen meluluskan undang-undang Anti Lompat Parti yang menyekat ahli-ahli Parlimen menyokong calon Perdana Menteri daripada parti yang lain tanpa mendapat keputusan parti,” katanya. -MalaysiaGazette

Rakyat faham pembentukan Kerajaan Perpaduan, tak mahu episod Langkah Sheraton berulang lagi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list