Artikel Terkini

Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti: Satu Perbincangan

Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti: Satu Perbincangan
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti: Satu Perbincangan 1

Selepas mendengar jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Negara minggu lalu, timbul satu persoalan, adakah cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan anti lompat parti dapat menyelesaikan kemelut politik di dalam sistem demokrasi berparlimen yang sedang kita hadapi sekarang?

Tragedi “Langkah Sheraton” menyaksikan kerajaan yang diberi mandat oleh pengundi telah tumbang ekoran pengumuman keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan tindakan keluar parti oleh 11 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari blok yang memerintah iaitu Pakatan Harapan (PH).

Satu cadangan pindaan perlembagaan telah dikemukakan oleh kerajaan untuk menghalang aktiviti lompat parti setakat ini, tetapi ia hanya meliputi individu yang menjadi calon melalui sesuatu parti yang memenangi pilihan raya kemudiannya membuat keputusan berpindah parti/ keluar parti dan menyokong parti selain parti yang beliau tandingi.

Cadangan ini nampak sedikit longgar dan memberi peluang serta ruang kepada parti yang diwakili calon yang memenangi pilihan raya untuk bertindak sebaliknya.

Saya berpandangan, setiap rang undang-undang yang hendak digubal mestilah bertujuan untuk menangani sesuatu masalah dan menyelesaikannya. Bukan sekadar menyentuh isu seperti melepaskan batuk di tangga.

Cadangan pindaan ini didesak kerana aktiviti lompat parti ini bukan sahaja menyebabkan sesebuah kerajaan yang telah dipilih melalui pilihan raya tumbang, malah ianya memberi kesan kepada sistem demokrasi yang kita amalkan. Rakyat atau pengundi merasakan undi mereka tidak bernilai kerana apabila membuang undi, calon yang dipilih boleh berbuat sesuka hati.

Atas dasar mempertahankan sistem demokrasi yang diamalkan supaya terus relevan dan dihormati, sewajarnya semua Ahli Parlimen memberikan cadangan, pandangan yang membina dan seterusnya mendesak perundangan ini dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan seberapa segera. Cadangan ini tidak memberikan kepentingan dan kelebihan kepada mana-mana individu atau parti politik tertentu tetapi sebaliknya mengangkat, mempertahankan serta memartabatkan nilai sistem demokrasi kita.

Berbalik kepada isu ini, antara persoalan yang harus diperhatikan dan diambil tindakan ialah bagaimana pindaan ini boleh mengawal pertubuhan / parti politik dan bukan sekadar individu yang bertanding.

Di dalam cadangan ini, mana-mana individu yang bertanding di dalam sesuatu pilihan raya di atas parti tertentu dan menang, beliau akan hilang kelayakan dan dikosongkan kerusi sekiranya beliau keluar parti atau dipecat daripada parti. Begitu juga seorang calon bebas yang memenangi pilihan raya kemudiannya menyertai mana-mana parti politik selepas memenangi pilihan raya. Ini semuanya melibatkan tindakan individu yang memenangi pilihan raya.

Bagaimana jika parti yang diwakili membuat keputusan sebaliknya? Apa nasib individu yang mewakili parti tersebut? Sebagai contoh dalam “Tragedi Langkah Sheraton”, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang memenangi pilihan raya bersama gabungan Pakatan Harapan telah membuat keputusan keluar dari PH sehingga menyebabkan Kerajaan yang dipimpin oleh PH tumbang.

Bukankah tindakan BERSATU sebagai sebuah parti yang mengubah haluan dari Pakatan Harapan juga merupakan tindakan keluar parti. Begitu juga halnya parti komponen Barisan Nasional iaitu GERAKAN yang mengisytihar keluar Barisan Nasional menyertai Perikatan Nasional. Bukankah ini juga suatu tindakan keluar parti oleh sebuah parti?

Apabila sebuah parti berbuat demikian, bagaimana nasib calon yang memenangi pilihan raya di atas nama parti tersebut samada mereka mengikut keputusan parti atau enggan bersama parti? Yang lari itu parti tetapi yang menjadi mangsa adalah ahli.

Selain itu, cadangan bahawa individu yang dipecat daripada parti juga akan kehilangan kelayakan dan kerusinya diisytiharkan kosong agak tidak rasional. Bagaimana sekiranya parti keluar dari sesebuah pakatan tetapi ahli enggan dan kemudiannya dipecat? Kenapa yang mempertahankan mandat yang dihukum sedangkan yang mengkhianati dibiarkan?

Mari, sama-sama bincangkan!


Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti: Satu Perbincangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list