Artikel Terkini

‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri

‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri
‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri 1

‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri

Sekadar gambar hiasan

Anak-anak adalah segala-galanya buat ibu bapa. Mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi memastikan kebajikan anak-anak terpelihara. Tetapi lain pula kisah yang dilalui seorang ibu ini apabila dia dikatakan sanggup ‘menjual diri’ bagi menyara kehidupan diri dan anak-anak selepas ditinggalkan si suami demi perempuan lain.

Ibu jual diri besarkan anak?

‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri 3

Sekadar gambar hiasan

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang individu di laman Twitter @TwtWedding. Menurut individu terbabit, selepas ibu dan bapanya bercerai, bapanya langsung tidak memberikan nafkah dan ibu terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk membesarkan anak-anak.

Mak berkahwin masa umur dia 18 tahun. Saya mempunyai bapa yang kaki dera. Saya tak akan mengaku dia ayah. Dia selalu pukul mak depan kami adik beradik, Saya tahu sebab saya anak sulung. Kami tanggung penderitaan ini sampailah mak dan ayah bercerai.

Tambah individu ini lagi, meskipun tiada bapa di sisi namun wanita itu berjaya membesarkan mereka adik-beradik dengan baik sehingga dia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti sementara dua adik perempuan masih bersekolah. Malah kewangan mereka sekeluarga juga agak stabil.

‘I rasa jijik dengan mak sendiri’

‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri 4

Sekadar gambar hiasan

Lelaki ini menyifatkan ibunya seorang wanita yang sangat baik selain tidak pernah memukul atau meninggikan suara dengan anak-anak. Namun siapa sangka, segala-galanya berubah selepas lelaki ini mula curiga dengan pekerjaan ibunya.

Dia tak pernah beritahu details di mana dia bekerja. Kadang-kadang ibu kata kerja di restoran, bila ditanya sekali lagi, jawapan ibu sentiasa berubah.

Sehinggalah pada suatu hari, lelaki ini mendapat tahu bahawa ibunya ‘menjual diri’ mencari duit untuk membesarkan mereka. Tidak dapat menahan rasa marah, dia bersemuka dengan ibunya dan wanita itu akhirnya mengaku melakukan pekerjaan tersebut.

I rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, I tak nak langsung tengok muka dia. I bersemuka, dan dia mengaku. Siapa sial nak ada mak macam ni? Baik mak gugur je along dulu.

Tanpa berfikir panjang, lelaki ini nekad keluar dari rumah dan tinggal bersama kawannya. Dia akui sangat marah dan malu dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama dia berasa bersalah melihat raut wajah sedih ibunya.

Saya rasa seperti anak derhaka, saya tak tahu apa nak buat. Mak bayar segalanya dari dulu sehingga sekarang dan dia tak pernah dapat atau beli apa yang dia suka.

Susulan dengan apa yang berlaku, lelaki ini akui buntu dan meminta nasihat serta pendapat orang ramai berhubung isu tersebut.

Sumber: @TwtWedding.


‘Rasa Jijik Dengan Mak Sendiri, Baik Gugur Je Along Dulu’ – Anak Mengamuk Dapat Tahu Mak Jual Diri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list