Artikel Terkini

Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan

Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan
Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 1

Xiaomi terkenal dengan pelbagai jenis segmen telefon pintar, ini termasuklah peranti berspesifikasi kelas asas sehinggalah mercu. Kelebihan lain turut boleh dilihat menerusi usaha jenama ini yang sering berusaha menghasilkan peranti yang bukan sahaja tampak premium, malahan selesa penggunaannya.  

Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan
Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 8

Mengulas lebih lanjut, desas-desus mengenai kewujudan peranti pintar baharu Xiaomi 13 Pro sudah kedengaran sejak kebelakangan ini dan terbaharu, imej pengolokannya pula tular menerusi salah satu ciapan oleh OnLeaks. Ia menunjukkan peranti akan mempunyai panel hadapan sejenis melengkung dan berlubang untuk peletakan kamera hadapan tunggal. Skrin dijangka sebesar 6.5-inci dengan padanan saiz bezel yang agak kecil.

Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 3
Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 9

Turut disertakan adalah butang kuasa dan laras audio pada sisi kanan. Kemudian, ia diikuti dengan port USB-C, ruang slot SIM dan pembesar suara pada bahagian sisi bawah peranti. Panel belakang pula memperlihatkan modul kamera berbentuk segi empat dan agak tebal dengan sokongan sistem tri-kamera. LED Flash turut sama melengkapinya dalam modul kamera yang sama.

Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 4
Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 10

Menurut jangkaan awal, Xiaomi 13 Pro dipercayai hadir dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen 2, kamera utama 50MP (IMX989) dengan sensor bersaiz 1-inci dan bateri yang menyokong sistem pengecasan 120W. Selain daripada itu, Xiaomi juga dikatakan turut bekerjasama dengan Leica untuk kebolehan kamera pada telefon pintar ini. Tiada tarikh pelancaran khusus yang diketahui setakat ini.


Rekaan Xiaomi 13 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list