Artikel Terkini

Remaja 19 tahun mandi sungai bersama rakan dikhuatiri lemas

Remaja 19 tahun mandi sungai bersama rakan dikhuatiri lemas
Remaja 19 tahun mandi sungai bersama rakan dikhuatiri lemas 1

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi-manda bersama dua rakannya di sungai Parit Haji Anuar, Batu 18 Ayer Hitam, Bakri, dekat Muar, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan remaja berusia 19 tahun itu pada 3.37 petang tadi.

Beliau berkata, pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Bakri dan Balai Polis Parit Jawa dikejarkan ke lokasi kejadian dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muar serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muar.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa bersama dua rakan lelaki berusia 20 dan 21 tahun telah terjun dari jambatan untuk mandi di sungai.

“Sejurus terjun, mangsa timbul dan menggapai tangan meminta bantuan, rakan mangsa cuba untuk menyelamatkannya, tetapi gagal kerana arus sungai terlalu deras,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, sehubungan itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka di lokasi kejadian bagi operasi mencari mangsa yang dipercayai lemas.

Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Johar Tumin dalam kenyataan berasingan berkata, 12 anggota termasuk enam daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terlibat dalam operasi pencarian.

“Operasi pencarian dilakukan di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas dengan menggunakan sebuah bot milik orang awam. Anggota dari Unit PPDA juga membuat selaman di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas,” katanya.

Beliau berkata operasi pencarian ketika ini sedang giat dijalankan. – Bernama

Remaja 19 tahun mandi sungai bersama rakan dikhuatiri lemas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list