Artikel Terkini

Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan

Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan
Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan 1

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada usaha meringankan kos sara hidup rakyat selain membawa negara keluar dari kemelesetan ekonomi.

Malah langkah bagi memulihkan imej rasuah serta salah guna kuasa yang terpalit dengan kerajaan terdahulu juga perlu dilakukan dengan segera, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Justeru katanya, pemilihan barisan Kabinet perlu mencerminkan usaha ke arah tersebut.

“Seluruh dunia memerhati keadaan politik negara kita. Rakyat turut memerhati tindak-tanduk janggal pimpinan politik sebelum dan selepas PRU-15.

“Isu pemimpin kleptokrat, kaki rasuah, kaki pembohong dan kluster mahkamah menjadi tajuk utama ceramah politik.

“Malangnya, untuk mendapat kerusi Perdana Menteri, isu yang diperjuangkan sewaktu kempen PRU terus dilupakan. Malah, kini mereka “dinikahkan”, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Shahir melahirkan rasa kecewa apabila
pandangan rakyat yang mahu agar barisan Kabinet bebas daripada mereka yang menghadapi sebarang pertuduhan di mahkamah tidak diendahkan.

Katanya, agak memilukan apabila pandangan rakyat itu akhirnya tidak dipedulikan demi kuasa.

“DPIM menyokong kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas) bahawa barisan Kabinet cacamarba dengan penyertaan Orang Kena Tuduh (OKT) berkenaan penyelewengan dana, adalah suatu perkara yang memalukan,” ujarnya.

Tambah beliau, pelabur asing akan menjauhi negara ini kerana ditadbir oleh barisan Kabinet cacamerba dan hilang integriti ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Pulangkan mandat kepada rakyat untuk PRN negeri-negeri yang bakal diadakan. Harapnya rakyat memberikan petunjuk yang jelas bahawa rakyat Malaysia menolak pemimpin kleptokrasi,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list