KANGAR, 21 Ramadan 1443H, Sabtu – Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yakin masih terdapat ruang kerjasama antara UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15 ) akan datang.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, oleh itu beliau tidak berputus asa dan beranggapan bahawa kebuntuan yang berlaku antara kedua-dua parti itu ketika ini hanya bersifat sementara dan jalan-jalan bagi memperkukuhkan hubungan perlu diteruskan.
“Sebagai seorang ahli politik lama dan banyak kali berlawan dengan PAS dalam PRU, saya dapati MN adalah anugerah Allah apabila UMNO dan PAS dapat bekerjasama.
“Oleh itu kita tidak boleh berputus asa berusaha bagi mengekalkan hubungan silaturrahim libatkan kedua-dua parti ini walaupun pada masa ini terdapat sedikit kerenggangan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin di Kompleks PAS Negeri Perlis hari ini.
Beliau berkata, adalah sayang jika MN hanya berada di pertengahan jalan dan tidak dibawa sehingga ke PRU kerana tujuannya adalah hendak kuasai PRU.
“Kita buat MN dengan tujuan hendak kuasai pilihan raya akan datang, tiba-tiba bila ada senjata yang bagus di tangan kita bagi memasuki medan perang, dicampak begitu saja,” katanya
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, dalam memorandum persefahaman (MoU) MN yang dimeterai sebelum ini terdapat satu frasa bahawa sekiranya terdapat pertikaian atau masalah dalam kerjasama UMNO dan PAS perlu diselesaikan seperti piagam Madinah.
Katanya, seperti piagam Madinah, jika ada sebarang pertikaian kembalilah merujuk al-Quran dan hadis sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah berbangkit.
“Roh dan semangat itu (piagam Madinah) penting bukan hanya dalam politik tetapi dalam kehidupan kita menyelesaikan masalah dan pertelingkahan dengan kembali kepada al-Quran dan hadis,” katanya.
Sementara itu Hashim berkata, beliau seolah-olah mendapat semangat dan tenaga baharu dalam usaha menyelamatkan perpaduan ummah ini selepas bertemu Annuar dan membincangkan berhubung soal itu.
“Saya berazam dengan rakan-rakan, apa pun ada halangan di hadapan kita akan teruskan perjuangan ke arah perpaduan ini (MN),” katanya. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar