Setiap penyakit mesti ada penawar. Cuma sampai hari ini, belum ada penawar yang boleh rawat barah. Hal yang demikian meninggalkan sedikit kepincangan dalam dunia perubatan. Bukan barah takkan boleh dirawat. Barah masih belum boleh dirawat. Ada beza antara “takkan” dan “masih belum”.
Dan perbezaan ini nampak saja macam kecil… kesannya sangat teruk. Setiap tahun hampir 10 juta orang meninggal dunia kerana kanser. Sekadar bayangan: seluruh Malaysia boleh kosong dalam masa empat tahun sahaja.
Ahli keluarga mangsa kanser menanggung trauma sangat teruk. Ibu terpaksa melihat anak sengsara tanpa boleh berbuat apa-apa. Anak pasrah membayangkan dunia tanpa bapa. Keperitan ini mempengaruhi dimensi sosial dan lapisan politik. Rata-ratanya mengeluarkan derma yang banyak untuk dijadikan dana penyelidikan. Amerika Syarikat membelanjakan AS$156.2 bilion pada tahun 2018 sahaja (Swayne, 2021). Tetapi masih belum ada ubat untuk satu kanser, apatah lagi “satu untuk semua” kanser.
Kelompangan ubat ini menyuburkan pasaran penipuan – kononnya minum air ini boleh merawat kanser bagai. Apabila sains gagal, memang ngeri jadinya. Orang berharap pada jalan yang salah. Mereka tidak sanggup diwadkan dalam hospital kerana khuatir tentang penjagaan anak bagai. Situasi sama berlaku di luar negara sekarang ini. Ramai orang Barat mencuba nasib dengan “Greek cancer cure” yang mencucuk masuk cecair entah apa kandungannya (Barrett, 2005).
Penyelidikan Yang Berhasil
Ada satu masalah dengan rawatan kanser. Jalani rawatan sehabis-habisnya. Kanser hilang. Pesakit tersebut diisytihar “cancer free”. Tetapi selang beberapa tahun, kanser kembali kerana sel barah masih ada dalam badan selepas rawatan. Jadi untuk merawat kanser, kena rawat sampai pesakit tersebut takkan kena kanser balik. Universiti Michigan mencuba nasib dengan teknologi lain daripada lain. Mereka tidak menggunakan pil. Mereka tidak menggunakan cecair.
Mereka menggunakan bunyi.
Macam biasa – kajian mereka menggunakan tikus makmal yang dibiak secara bermatlamat (tikus tersebut diubahsuai supaya lahir berkanser hati). Teknik perubatan ini sangat baik sebenarnya kerana 1) merawat kanser dan 2) tidak perlu bedah. Memanglah semua mahu merawat kanser. Tetapi kalau merawat kanser melalui pembedahan, takut berlaku komplikasi lain pula. Maka rawatan tanpa pembedahan sememangnya sangat baik untuk kesihatan pesakit.
Rawatan bunyi bukan sama sekali pakai headphone sambil jamming lagu “Shoot to Thrill” volume tinggi. Mereka menggunakan kaedah dipanggil histotripsy, yang melepaskan gelombang ultrabunyi secara terkawal dan dalam masa sangat singkat. Gelombang ini dilepaskan selama beberapa mikrosaat sahaja (1 saat = 1,000,000 mikrosaat). Kena guna teknologi komputer yang berkualiti tinggi. Tetapi konsepnya sama saja dengan alat ultrabunyi lain yang menggunakan gelombang beramplitud rendah.
Kalau ikut pada hipotesis, gelombang ini boleh memusnahkan sel kanser dengan tepat. Tetapi hipotesis ini perlu diuji pada tikus-tikus makmal. Hasil daripada kajian, mereka mengesahkan ultrabunyi ini memusnahkan sel kanser dengan begitu ganas. Sel-sel ini mati, sekali gus merungkaikan struktur barah itu sendiri (Worlikar, et al., 2022).
Jadi langkah pertama selesai. Sel kanser mati. Cuma ini bukan satu-satunya intipati kajian mereka. Semua tertanya-tanya: bolehkah kanser kembali? Kalau tengok pada tikus-tikus makmal, ada satu jawapan mudah. Mereka membedil sel barah sampai tinggal 75 peratus. Sampai saja paras ini, sistem imun tikus ambil alih dan rawat sendiri. Dan 80 peratus tikus makmal bebas kanser terus.
Sekarang mereka sedang cuba untuk melaksanakan kajian pada manusia pula. Jika berjaya, ini sememangnya berkat kepada semua.
Memang betul apa yang dikatakan selama ini: sains mesti menang.
RUJUKAN:
Barrett, S. (2005, Februari 14). Alivazatos Greek Cancer Cure. Quack Watch.
Swayne, M. (2021, Oktober 6). Cancer costs U.S. more than $156 billion, with drugs a leading expense. PSU.
Worlikar, T., et al. (2022). Impact of Histotripsy on Development of Intrahepatic Metastases in a Rodent Liver Tumor Model. Cancers. 14 (7): 1612.
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar