Infotainment

“Sakit Tu Ada La Sikit, Tapi Malu Tu Lagi Banyak”

“Sakit Tu Ada La Sikit, Tapi Malu Tu Lagi Banyak”
"Sakit Tu Ada La Sikit, Tapi Malu Tu Lagi Banyak" 1

Tersadung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang tahun baru di Menara Kuala Lumpur Jumaat lalu, penyanyi Nabila Razali berkata kakinya hanya mengalami sedikit lebam sahaja.

Bagaimanapun Nabila berkata, sakit yang dialaminya hanya sedikit sahaja tetapi rasa malu lebih banyak dirasainya namun dia perlu meneruskan persembahan.

BACA: Jatuh Tergolek Ketika Buat Persembahan, Nabila Razali Sempat Ucap Salamat Tahun Baru

“Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. Kesan daripada tersadung itu ada lebam sikit.

“Tak ada apa yang serius. Sakit itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan,” katanya.

Kata Nabila lagi, disebabkan terlalu malu jatuh di hadapan ramai tetamu, rasa sakitnya hilang. Ujarnya lagi, dia berharap kejadian itu tidak berulang lagi dan merupakan kenangan untuk penutup tahun 2021.

“Ikutkan perasaan malu 99 peratus, sakit itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu sebenarnya fokus nak menyanyi.

“Saya harap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi. Alhamdulillah semua terhibur pada amalam itu. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum,” katanya.


"Sakit Tu Ada La Sikit, Tapi Malu Tu Lagi Banyak" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo