Artikel Terkini

Sampai bila nak selindung nama syarikat ‘perjudi’ produk halal

Sampai bila nak selindung nama syarikat ‘perjudi’ produk halal
Sampai bila nak selindung nama syarikat 'perjudi' produk halal 1

MASALAH penyalahgunaan logo halal bukan isu baharu di negara ini, malah sudah berlanjutan terlalu lama, mungkin mencecah puluhan tahun.

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, perihal halal dan haram bukan perkara remeh.

Tindakan setegas-tegasnya wajar diambil dalam memastikan isu sensitif ini tidak lagi berulang, malah jika boleh terus berkubur untuk selama-lamanya.

Bukan mahu menidakkan keseriusan atau tindakan yang sudah diambil oleh pihak berkuasa sebelum ini, boleh dikatakan hampir saban minggu ada sahaja serbuan dilakukan.

Bagaimanapun, Pedang melihat usaha dijalankan masih belum ampuh dan mampu menakutkan pesalah sekali gus menyelesaikan masalah yang cukup menaikkan kemarahan ini.

Pedang amat tertarik dengan cadangan Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari yang menggesa kerajaan mendedahkan nama syarikat dan produk terlibat dalam isu ini.

Ia bukanlah kali pertama dicadangkan kerana jika dilihat di ruangan komen rata-rata warga maya pernah menyatakan perkara sama.

Cadangan ini wajar dipertimbangkan sekiranya kerajaan benar-benar serius mahu menyelesaikan isu penyalahgunaan logo halal ini di peringkat akar umbi.

Apa yang mahu dilindungkan sangat dengan syarikat ini, kesalahan yang mereka lakukan terlalu besar bagi umat Islam, dedahkan sahaja demi menjadi pengajaran.

Justeru, Pedang sarankan bertegaslah wahai kerajaan Keluarga Malaysia, masih belum terlambat membawa isu ini ke Kabinet untuk dibincangkan demi kebaikan semua pihak.

Bila ada elemen berlembut dalam tindak-tanduk kerajaan maka syarikat tidak bertanggungjawab ini akan ‘naik lemak’ dan kembali mengulangi kesalahan sama tanpa rasa bersalah.

Akhirnya nanti pengguna juga yang terkena kesannya, lebih teruk lagi apabila produk diragui halal dan haram ini mungkin akan mempengaruhi kualiti pembangunan sahsiah generasi masa hadapan.

Perlu diingatkan bahawa tindakan mendedahkan nama syarikat dan produk bukan berniat untuk memalukan mana-mana pihak, tetapi lebih kepada usaha mengingatkan umat Islam.

Semua pihak faham bukan mudah untuk mendapatkan kelulusan logo halal berikutan banyak prosedur yang perlu diikuti, namun ia bukanlah alasan untuk menyalahgunakan logo ini sesuka hati.

Jika didedahkan, Pedang percaya syarikat terbabit pasti akan terkesan dengan kesalahan mereka dan mula mengambil tindakan pembetulan yang akhirnya mewujudkan situasi menang-menang.

Sekiranya syarikat terbabit masih berdegil dan mengulangi kesalahan sama, mungkin sudah tiba masa pengguna Islam ‘mengajar’ mereka dengan beralih arah ke produk muslim.

Sebagai pengguna kita diberikan banyak pilihan dalam membeli, produk Buy Muslim First (BMF) atau Utamakan Barangan Muslim tidak kurang hebatnya berbanding produk lain.

Apa yang pasti BMF adalah produk yang halal, bersih dan selamat untuk digunakan oleh umat Islam tanpa ada rasa was-was.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Sampai bila nak selindung nama syarikat 'perjudi' produk halal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list