Artikel Terkini

Sanggup beli akaun media sosial ramai pengikut untuk berkempen

Sanggup beli akaun media sosial ramai pengikut untuk berkempen
Sanggup beli akaun media sosial ramai pengikut untuk berkempen 1

TEMERLOH – Siapa sangka, pemilik akaun media sosial yang mempunyai ribuan pengikut media sosial boleh menjana pendapatan sehingga empat angka lebih-lebih lagi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

MalaysiaGazette menyaksikan sendiri urusan tawar menawar pembelian satu akaun media sosial Facebook milik individu yang mempunyai kira-kira 500,000 pengikut.

Alangkah terkejut apabila diberitahu ejen yang mengendalikan tawaran itu, nilai akaun tersebut sahaja boleh mencecah sehingga RM250,000.

“Kalau pengikut ada ratusan ribu, hanya perlu kenakan caj 50 sen setiap pengikut pun sudah boleh mendatangkan keuntungan,” kata ejen berkenaan ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Jelasnya lagi, jika akaun tersebut mempunyai kira-kira 30,000 pengikut, beliau akan mengenakan caj sebanyak RM50,000 dan akan dibayar secara lump sum, kemudian barulah boleh diserahkan kata laluan kepada pembeli.

Ketika ditanya sama ada beliau bertanya tentang latar belakang pembeli atau tujuan pembelian, katanya, ia tidak penting.

“Bukan buat benda salah. Asal boleh buat duit,” katanya.

Ini jelas membuktikan kempen pilihan raya zaman kini tidak lagi bergantung kepada jumlah kibaran bendera, kain rentang malah ceramah kempen yang dihadiri pengikut dan penyokong secara fizikal.

Ramai yang lebih senang memilih untuk menggunakan sepenuhnya platform media digital, berselindung di sebalik anonimiti untuk menyebarkan persepsi, analogi, kempen malah menjalankan peranan sebagai agen menyerang parti lawan disebalik ‘topeng’ media sosial.

Namun, persoalannya, jika pihak-pihak ini mampu berbelanja sehingga ratusan ribu ringgit bagi membeli akaun-akaun media sosial – berapa pula yang diterima mereka daripada pemimpin politik untuk menjalankan kempen-kempen sepanjang tempoh pilihan raya umum. – MalaysiaGazette

Sanggup beli akaun media sosial ramai pengikut untuk berkempen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list