Artikel Terkini

Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing

Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing
Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing 1

Kasih sayang terhadap seekor kucing adalah perkara yang baik. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga mencintai kucing. Begitu juga dengan sepasang suami ini yang sayang akan seekor kucing betina yang mereka beli pada tahun 2012 tetapi hilang pada Mei 2021. Selepas itu, wanita yang berusia 35 tahun yang merupakan isteri itu, mulakan misi pencariannya untuk mencari kucingnya selama sebulan di kawasan perumahan mereka di Beranang, Hulu Langat di Selangor. Tapi malangnya, tidak berhasil. Ini mengakibatkan mereka sudah putus asa untuk membela kucing lagi. Walaubagaimanapun, satu keajaiban berlaku pada bulan Disember 2021, si suami itu terjumpa seekor anak kucing yang tanpa ibu sedang jalan. Pada saat itu lah, perasaan kasihan muncul untuk menjaga kucing tersebut. Jadi, kucing jantan yang mereka selamatkan itu pun, dibela dan diberi nama Aegi. Kucing sudah ada tetapi sangkar tidak ada untuk meletakkan kucing itu. Tiba-tiba, mereka sedar ada sebuah almari yang tidak digunakan dan berasa kesian untuk buang. Oleh itu, mereka bercadang untuk mengubah suai almari itu menjadi sebuah sangkar kucing.

Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing 2 Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing 4

Mengikut berita tersebut, sepasang suami isteri itu, mengambil kos sebanyak RM 150 untuk membeli bahan dan kelengkapan dan juga satu hari untuk menyiapkan sangkar kucing yang luas begitu. Mengikut apa yang dikatakan oleh mereka, mereka terasa mencabar dan tidak beranggapan ia akan jadi susah untuk mengubah suai almari tersebut menjadi sebuah sangkar kucing. Tambahan lagi, mereka juga mengatakan bahagian tengah almari tersebut, mempunyai kayu yang agak keras dan tebal. Apabila sudah siap mengubah suai, mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka sebab sangkar kucing yang mereka bina itu sangat luas dengan keluasan yang 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar.

Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing 6

Secara kesimpulannya, jika kita sayang terhadap seekor kucing, apa saja kita boleh buat untuk menjaganya. Seperti mana sepasang suami isteri ini, dengan membekalkan bahan-bahan tambahan yang kos rendah, mereka mampu untuk membina sangkar kucing yang lawa itu dari  sebuah almari.

Sumber: Mstar, Penulis: Iwan Shu- Aswad Shuaib

(https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/01/16/sayang-nak-buang-suami-isteri-transform-almari-lama-jadi-rumah-mewah-buat-si-bulus-bertukang-asal-boleh-je-tapi-kreatif)

Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list