Infotainment

Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – ‘Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan’

Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – ‘Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan’
Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – 'Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan' 1

Kini Trending

Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – ‘Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan’

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menegaskan dakwaan itu tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Mabuk Ke?’ – Tengah Tahan Sakit, Driver Lori Dituduh Mabuk, Netizen Gesa Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Keluarga Arwah

Artikel Berkaitan: ‘Bod** Punya Perempuan’ – Baby Shima Bengang Dengan Perakam Video Pemandu Lori, Minta Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah

Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – 'Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan' 4

Situasi memilukan hati itu turut mendapat perhatian dari doktor selebriti, Dr Say. Dr say meluahkan rasa kecewa kerana pemandu treler itu telah difitnah memandu dalam keadaan mabuk selain tidak menerima pertolongan biarpun sedang dalam kesakitan.

Video pemandu lori yang dituduh mabuk oleh wanita yang merakam ini cukup mengecewakan saya. Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau.

Kalau korang amati video ini elok-elok nampak betapa dalam kesakitannya pemandu tu sambil dia ber-grunting in pain dan sambil tangan kirinya memegang dada kirinya. Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yg dialami pemandu tu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?

Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – 'Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan' 6

Tambah Dr Say, pemandu tersebut berkemungkinan boleh diselamatkan andai kata perakam video yang dipercayai milik seorang wanita itu berfikir secara rasional.

Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik okey ke? Nak saya panggil ambulans?” bukannya menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, time is precious. Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Dr Say berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pihak dan rata-ratanya mengambil tahu tentang penyakit serangan jantung.

Jadikan ini sebagai pengajaran kepada kita semua, nombor satu, jangan sesekali menghakimi sesiapa sahaja dan nombor dua didik diri kita tentang pembunuh nombor satu negara untuk sepanjang 20 tahun yakni penyakit jantung iskemik.

Sumber: Instagram @say_shazril


Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – 'Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan' 8

The following two tabs change content below.


Sedih Tengok Pemandu Lori Tengah Sakit, Dr Say Kecewa Dengan Kelakuan Perakam Video – 'Kalau Tak Tuduh, Mungkin Boleh Diselamatkan' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo