Artikel Terkini

Segera wujudkan peraturan kawal industri vape

Segera wujudkan peraturan kawal industri vape
Segera wujudkan peraturan kawal industri vape 1

KUALA LUMPUR – Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA) mahu peraturan mengawal industri vape dilaksanakan secepat mungkin untuk memastikan ada kawalan ke atas produk itu supaya tiada jualan produk dengan reka bentuk yang menarik minat golongan bawah umur.

Ia susulan tular di media sosial suatu produk vape yang berbentuk kartun dijual di pasaran.

Presiden MRECA, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, produk ini dibimbangi pelbagai pihak termasuk industri kerana ia boleh menarik minat golongan bawah umur.

Menurutnya tindakan menjual peranti yang mampu menarik minat golongan bawah umur adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan
membuktikan peraturan diperlukan segera untuk kawal produk supaya tiada jualan produk dengan rekabentuk yang menarik minat golongan bawah umur.

”Peranti vape adalah untuk kegunaan orang dewasa dan terutamanya untuk penggunaan perokok tegar dalam usaha berhenti merokok. Oleh itu, peranti itu tidak patut kelihatan menarik minat golongan bawah umur dengan menggunakan karakter kartun.

”Sebagai peniaga dan usahawan, kita harus menjalankan peniagaan dengan penuh tanggungjawab supaya produk tidak menarik minat golongan bawah umur dan memastikania hanya terjual kepada pengguna dewasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Adzwan, pihak industri telah memberikan kata putus kepada pembekal supaya menghentikan penjualan produk tersebut dan produk-produk itu perlu ditarik balik dari pasaran.

”Peniaga dan pembekal harus membuat tapisan produk sebelum menjualnya di pasaran dan memastikan ia bukanlah satu produk yang boleh menarik minat golongan bawah umur. Jika ada yang berdegil serta masih menjual produk sedemikian, tindakan harus diambil supaya produk ini tidak kekal dalam pasaran tempatan.

”Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memperkenalkan peraturan dengan segera untuk mengawal selia industri vape. Dengan adanya peraturan, satu garis panduan akan diberikan kepada industri mengenai apa-apa aktiviti yang terlarang.

”Selain daripada dapat memastikan pengguna membeli produk yang mematuhi standard kualiti dan juga keselamatan yang ditetapkan, ia juga dapat mengelakkan kejadian seperti penjualan produk yang mempunyai rekabentuk yang mampu menarik minat golongan bawah umur,” ujarnya.

Pada akhir tahun 2021, kerajaan telah mengumumkan pencukaian ke atas cecair vape bernikotin akan dilaksanakan sebagai langkah kawal selia dan peraturan juga akan diperkenalkan mengawal industri vape.

Bagaimanapun, pelaksanaannya telah ditangguhkan sehingga hari ini.

Oleh itu, industri berharap kerajaan boleh mengeluarkan peraturan dengan secepat mungkin supaya industri mempunyai hala tuju dan memastikan produk dan aktiviti dalam industri dapat dikawal,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Segera wujudkan peraturan kawal industri vape 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list