Artikel Terkini

Sekurang-kurangnya 46 maut akibat gempa bumi Cianjur, Indonesia

Sekurang-kurangnya 46 maut akibat gempa bumi Cianjur, Indonesia
Sekurang-kurangnya 46 maut akibat gempa bumi Cianjur, Indonesia 1

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh manakala 700 lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Suharyanto berkata kawasan yang terjejas teruk termasuk perkampungan Limbangan Sari.

“Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan yang runtuh,” katanya ketika sesi taklimat yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

BNPB akan menghantar sebuah helikopter bagi memudahkan pengurusan bencana, pemindahan dan pengagihan logistik, katanya.

Para pegawai masih mengumpulkan maklumat dan setakat ini 343 rumah dilaporkan rosak, menurut jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas.

Penduduk di kawasan Jakarta dan Bekasi dilaporkan merasai gegaran pada 1.21 petang waktu tempatan.

Gegaran berlanjutan hampir 15 saat di Cianjur dan kurang tujuh saat di Bandung, Bogor, Sukabumi.

Abdul Muhari berkata 32 mukim di Cianjur dilaporkan berpotensi mengalami gempa bumi sederhana hingga tinggi berdasarkan sistem amaran awal pelbagai bahaya, inaRISK.- BERNAMA

Sekurang-kurangnya 46 maut akibat gempa bumi Cianjur, Indonesia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list