Artikel Terkini

Semalaman Nangis Tanpa Henti, Ibu Kesal Jiran Bagi Anak Umur 10 Bulan Minum Air Berkarbonat

Semalaman Nangis Tanpa Henti, Ibu Kesal Jiran Bagi Anak Umur 10 Bulan Minum Air Berkarbonat
Semalaman Nangis Tanpa Henti, Ibu Kesal Jiran Bagi Anak Umur 10 Bulan Minum Air Berkarbonat 1

Apabila sudah mempunyai anak sendiri, untuk ibu bapa mempunyai sifat lebih protective itu sememangnya normal, lagi-lagi berkaitan dengan bab pemakanan anak-anak.

Bukan semua makanan boleh diberi kepada anak, tambahan pula anak masih berusia lima tahun kebawah kerana perut mereka tidak sama seperti budak besar, dimana perut lebih kuat daripada anak kecil.

Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok baru-baru ini, difahamkan perut anak perempuannya meragam semalamam akibat dari sifat tidak bertanggungjawab jiran yang memberinya air berkarbonat untuk diminum.

Lagi membuatkan wanita itu berasa kesal atas yang berlaku, jirannya sama sekali tidak memberitahu kepada beliau serta meminta kebenarannya.

Bercerita mengenai hal yang berlaku, si ibu meminta pertolongan jiran untuk menjaga anak yang berumur 10 bulan itu kerana ingin ke kedai untuk membeli barang buat sementara waktu.

Sesudah dia pergi kedai dan menuju ke arah stroller anak, dia dapat melihat jirannya itu sedang menyuapkan sedikit air bergas itu kepada anaknya. Selepas itu, dia bergegas pergi ke arah jiran untuk memberitahu air berkenaan tidak elok untuk anak-anak kecil.

Hal yang paling mahu dielakkan si ibu berlaku apabila pada malam hari kejadian, anaknya mula meragam dan menangis semalamam kerana disyaki sakit perut dek disuap air berkarbonat itu.

Tambahanannya lagi, akibat dari kejadian yang berlaku, dia berasa sedikit trauma serta secara tidak langsung membuatkan dirinya enggan bertemu dengan orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ibu tak bangga anak dapat 12A


2 hari lalu

“Kenapa Sikit Sangat ‘A’?” – Ibu Tak Puas Hati Dengan Keputusan SPM Anak Walaupun Dapat 12A


Semalaman Nangis Tanpa Henti, Ibu Kesal Jiran Bagi Anak Umur 10 Bulan Minum Air Berkarbonat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list