Artikel Terkini

Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran bermula esok

Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran bermula esok
Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran bermula esok 1

KOTA BHARU, 14 Ramadan 1443H, Sabtu – Sesi persekolahan kembali seperti sediakala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermula esok, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, kehadiran pelajar dan pengoperasian persekolahan akan dilaksanakan sama seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

“Mungkin apabila sekolah dibuka semula, kita akan lihat bagaimana murid datang ke sekolah dan keadaan di luar yang semakin terbuka membuatkan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Oleh itu, saya menyeru jasa baik pihak kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru dan murid bagi memastikan kali ini sekolah akan dibuka dan tidak lagi ditutup,” katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Warga Pendidikan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, dalam tempoh terdekat juga pihaknya akan mengemukakan garis panduan persekolahan 4.0.

Beliau berkata, garisan panduan berkenaan bersesuaian dengan keadaan semasa yang lebih terbuka, pada masa sama memastikan segala ketetapan yang dibuat dapat dipatuhi.

“Ada yang persoal bila garis panduan pengurusan sekolah 3.0 akan ditambah baik, sedangkan untuk laksanakan sesuatu bukan boleh ditukar begitu sahaja.

“Pelaksanaan ini termasuk perlu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Kita perlu bincang satu persatu, apakah pendekatan yang perlu dilaksanakan, garis panduan yang perlu dimasukkan dan sebagainya,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran bermula esok 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list