Artikel Terkini

Shakilla Khoriri akui ada berbincang dengan bekas suami untuk rujuk semula

Shakilla Khoriri akui ada berbincang dengan bekas suami untuk rujuk semula
Shakilla Khoriri akui ada berbincang dengan bekas suami untuk rujuk semula 1

Penceraian pelakon wanita, Shakilla Khoriri dengan penyampai radio Suria fm Fizi Ali pada hujung tahun lalu benar-benar mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, pasangan yang jarang terpalit isu kontroversi ini tiba-tiba sahaja mengumumkan perpisahan mereka sedangkan peminat mengetahui yang hubungan mereka baik-baik sahaja lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak perempuan tersayang, Ameena Sofia.

Selepas hampir 5 bulan membawa haluan masing-masing, Shakilla menerusi Harian Metro telah memaklumkan pernah bercakap dengan Fizi untuk kembali rujuk sebagai suami isteri.

“Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi walaupun ia agak sukar mungkin di pihak Fizi. Bagi wanita, mungkin boleh mudah memaafkan dan ingin cuba memperbaiki hubungan menjadi lebih baik.
“Tapi saya tak tahu apa yang difikirkan dan perancangannya buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia perlukan masa. Mungkin dia tidak mahu kalau kami kembali (merujuk) akan timbul masalah baru ataupun berdepan isu yang sama.
“Walaupun ramai yang memujuk untuk kembali bersama demi anak tapi anak-anak ini akan membesar dan dia akan ada kehidupannya sendiri nanti. Takkanlah kita nak hidup dengan seseorang yang tak boleh bersama kita lagi.
Benda ini sangat sulit. Kalau Allah sudah tetapkan hubungan saya dan Fizi hanya sekadar kawan saja, saya reda. Tapi andai kata dua atau tiga tahun nanti Dia jodohkan semula dan sayang itu masih kuat… saya tidak akan menolak,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ilahi ini juga menyatakan rasa terkilannya kepada sesetengah pihak yang sesuka hati menuduhnya bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat sedangkan hatinya masih bersedih dengan perpisahan yang berlaku.

“Bagi saya, pertanyaan ini sangat keterlaluan. Janganlah terlalu berterus terang sebab saya pun masih bersedih, cuma tidaklah nak cakap saya sedih 24 jam.
“Ibaratnya hari ini saya menangis sepuas-puasnya, esok saya kena bangun dengan keadaan baru. Benda dah pun terjadi dan saya kena ‘move on’ dengan takdir yang Allah tentukan.”
“Saya memang tiada perancangan, lebih-lebih fasal jodoh sebab saya ada anak perempuan. Kalau ada jodoh dengan orang lain, macam-macam benda saya kena fikir. Tapi saya tidak menolak perancangan Allah.
“Bagi saya, dalam tempoh dua hingga empat tahun ini saya tidak terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Saya nak fokus dengan kerja dan pastikan saya sihat,” katanya.

Shakilla Khoriri akui ada berbincang dengan bekas suami untuk rujuk semula 2

Untuk makluman, Fizi dan Shakilla telah sepakat memaklumkan tentang perpisahan mereka pada Disember tahun lalu. Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar penceraian tersebut, mereka berdua tetap menjalinkan hubungan baik demi memastikan anak tersayang mendapat kasih sayang secukupnya.

Pasangan tersebut berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 3 tahun.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

 


Shakilla Khoriri akui ada berbincang dengan bekas suami untuk rujuk semula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list