Artikel Terkini

Sibuk pindah rumah baru, Nora Danish sedih tak khatam al-Quran Ramadan ini

Sibuk pindah rumah baru, Nora Danish sedih tak khatam al-Quran Ramadan ini
Sibuk pindah rumah baru, Nora Danish sedih tak khatam al-Quran Ramadan ini 1

Saban tahun, pelakon cantik, Nora Danish, 39 akan berkongsi momen bahagia apabila berjaya khatam al-Quran setiap kali tiba Ramadan.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang terinspirasi dengan kesungguhannya dalam melakukan ibadah sewaktu bulan puasa.

Namun begitu, menerusi laporan dari Harian Metro, Nora memaklumkan yang tahun ini dia tidak berjaya khatam al-Quran sekali lagi pada bulan Ramadan kerana sedikit sibuk apabila perlu menyelesaikan banyak urusan termasuklah berpindah ke rumah baharu.

“Urusan pindah rumah menyebabkan jadual harian saya pada Ramadan kali ini agak kelam-kabut dan tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti mengaji sehingga khatam seperti dibuat sebelum ini,” katanya.

Sibuk pindah rumah baru, Nora Danish sedih tak khatam al-Quran Ramadan ini 2

Isteri kepada Nedim Nazri Aziz ini mengakui jadualnya agak kucar-kacir sehingga banyak urusan yang terkejar-kejar. Walaupun ada rasa terkilan kerana tidak dapat khatam pada tahun ini, dia tetap optimis akan berusaha lagi untuk tahun hadapan.

“Saya sibuk sampai tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi, memang agak terkilan juga apabila tak dapat khatam al-Quran untuk tahun ini. Semoga masih ada rezeki (khatam al-Quran) pada tahun depan,” ujarnya.

Bicara lanjut berkenaan sambutan Aidilfitrinya pada tahun ini, pelakon sitkom Puteri terbabit menyatakan yang mereka akan meraikannya secara sederhana sahaja, yang penting tetap bersama ahli keluarga.

“Selepas dua tahun kita semua tak dapat balik ke kampung untuk berhari raya, saya pasti Aidilfitri kali ini ramai yang beraya sakan bersama keluarga dan sanak saudara,” katanya.

Sibuk pindah rumah baru, Nora Danish sedih tak khatam al-Quran Ramadan ini 3

Untuk rekod, Nora Danish pernah berkongsi momen dirinya khatam al-Quran pada tahun lalu. Ketika itu ramai yang mengucapkan rasa syukur dan tahniah diatas kejayaan pelakon berkenaan menyelesaikan bacaan kitab suci di bulan Ramadan serta mendoakan agar dia terus istiqomah dalam melakukan ibadah tersebut.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin), Instagram noradanish


Sibuk pindah rumah baru, Nora Danish sedih tak khatam al-Quran Ramadan ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list