Artikel Terkini

Sila Kembali Bekerja Di Pejabat Atau Letak Jawatan, Kata Elon Musk Kepada Pekerja Tesla

Sila Kembali Bekerja Di Pejabat Atau Letak Jawatan, Kata Elon Musk Kepada Pekerja Tesla
Sila Kembali Bekerja Di Pejabat Atau Letak Jawatan, Kata Elon Musk Kepada Pekerja Tesla 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua Eksekutif Tesla Inc Elon Musk telah meminta pekerja untuk kembali bekerja di pejabat atau letak jawatan jika gagal berbuat demikian, lapor e-mel yang dihantar kepada pekerja seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

“Semua orang di Tesla dikehendaki menghabiskan sekurang-kurangnya 40 jam di pejabat setiap minggu,” tulis Musk dalam e-mel yang dihantar pada malam Selasa. “Jika anda tidak hadir, kami akan menganggap anda telah meletak jawatan.”

Sila Kembali Bekerja Di Pejabat Atau Letak Jawatan, Kata Elon Musk Kepada Pekerja Tesla 2

“Semakin anda senior, semakin perlu kehadiran anda,” tulis Musk. “Itulah sebabnya saya tinggal di kilang – supaya mereka yang berada di pejabat dapat melihat saya bekerja bersama mereka. Jika saya tidak melakukannya, Tesla lama dahulu sudah muflis.”

Dua sumber mengesahkan ketulenan e-mel yang disemak oleh Reuters. Sehingga kini pihak pengurusan Tesla tidak menjawab permintaan media untuk mendapatkan komen.

Firma teknologi di Silicon Valley sebelum ini difahamkan tidak mewajibkan pekerja untuk kembali ke pejabat, ia adalah sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan wabak COVID-19 di sana.

Tesla telah memindahkan ibu pejabatnya ke Austin, Texas, tetapi mempunyai pangkalan kejuruteraan dan salah satu kilangnya di kawasan Teluk San Francisco.

“Sudah tentu ada syarikat yang tidak memerlukan ini, tetapi bila kali terakhir mereka menghantar produk baru yang hebat? Sudah agak lama,” tulis Musk dalam e-mel.

“Tesla telah dan akan mencipta dan sebenarnya mengeluarkan produk yang paling menarik dan bermakna daripada mana-mana syarikat di dunia.”

Salah seorang pengguna Twitter turut menyiarkan satu lagi e-mel yang dihantar oleh Musk kepada eksekutif meminta mereka bekerja di pejabat sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau “berhenti dari Tesla.”

Sebagai tindak balas kepada ciapan ini, Musk yang telah mengambil alih Twitter Inc dalam perjanjian $44 bilion, berkata, “Mereka harus berpura-pura bekerja di tempat lain.”

Beberapa pekerja Tesla menyatakan rasa tidak senang dengan arahan terbaharu ini.

“Jika terdapat penghijrahan beramai-ramai, bagaimana Tesla akan menyelesaikan projek? Saya tidak fikir pelabur akan gembira mengenainya,” tulis seorang pekerja Tesla.

“Menunggu dia [Musk] berundur dengan cepat,” kata pekerja lain.

Kumpulan advokasi pekerja yang berpangkalan di California turut menyelar arahan kembali ke pejabat yang dibuat oleh Tesla.

“Majikan termasuk kerajaan negeri mendapati bahawa mewajibkan semua pekerja untuk bekerja di pejabat bakal mendedahkan mereka kepada wabak,” kata Stephen Knight, pengarah eksekutif di Worksafe kepada Reuters.

“Malangnya pengabaian Tesla terhadap keselamatan pekerja direkodkan dengan baik, termasuk penghinaan mereka terhadap jabatan kesihatan awam daerah pada permulaan wabak itu,” tulisnya.

Pada Mei 2020, Musk mengeluarkan arahan agar semua kilang Tesla di Fremont, California dibuka semula. Langkah ini dilihat seolah menentang arahan kerajaan negeri dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Tesla sebelum ini melaporkan 440 kes wabak COVID-19 di kilang dari Mei hingga Disember 2020. Tahun lalu, SpaceX pula melaporkan 132 kes COVID-19 di ibu pejabatnya di bandar Hawthorne di kawasan Los Angeles, menurut data daerah.

Musk sebelum ini turut mengabaikan risiko COVID-19, dengan mengatakan “panik coronavirus adalah bodoh” dan kanak-kanak “pada asasnya kebal” kepada wabak. Selepas mengeluarkan kata-kata tersebut, Musk kemudiannya dijangkiti COVID-19 sebanyak dua kali.

Elon Musk disahkan positif dan negatif COVID-19 pada hari yang sama. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Elon Musk Disahkan Positif Dan Negatif COVID-19 Pada Hari Yang Sama

‘Populariti Adalah Satu Ketagihan’ – Komen Elon Musk Mengenai Kes Johnny Depp Dan Amber Heard

Elon Musk Sedia Terima Pekerja Tanpa Pendidikan Tinggi Bekerja Di Tesla

 


Sila Kembali Bekerja Di Pejabat Atau Letak Jawatan, Kata Elon Musk Kepada Pekerja Tesla 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list