Artikel Terkini

Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Jadi Ahli Politik 

Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Jadi Ahli Politik 
Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Jadi Ahli Politik  1

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan apabila tular video anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah mempamerkan bakat nyanyiannya.

Melihatkan bakat dimiliki anak kecil itu, ramai berpendapat Aafiyah bakal mengikut jejak langkah ibunya untuk menjadi penyanyi.

BACA: Siti Nurhaliza Belum Terfikir Sediakan ‘Bodyguard’ Untuk Aafiyah & Afwa

Memetik Utusan Online, Siti bagaimanapun berkata tidak mahu anak sulungnya itu mengikut jejak langkahnya memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya.

Menurut Siti, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahu Aafiyah menjadi ahli perniagaan apabila dewasa kelak namun tidak menolak jika anaknya itu memilih untuk menjadi penyanyi.

“Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.

“Namun, sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni.

“Saya bersyukur dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya.

Kata Siti lagi, dia lebih gembira jika anak perempuannya itu memilih untuk menjadi ahli politik mahupun bidang lain selain bergelar anak seni.

“Bakat itu adalah anugerah Allah, seperti saya sendiri yang menerimanya daripada ibu saya, tinggal lagi apakah pilihan dirinya sendiri, sebagai ibu bapa saya perlu sokong cuma dia ada pilihan sendiri apabila dewasa nanti.

“Sebagai ibu saya juga berasa risau sama ada dia mampu ke tidak (berjaya dalam bidang seni), sama ada dia akan hanyut atau tidak, ini adalah kerosakan saya sebagai ibu bapa, sama seperti yang ibu saya alami. Jadi, saya lebih berasa gembira kalau dia memilih untuk menjadi seorang ahli politik atau lain-lain,” katanya.


Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Jadi Ahli Politik  1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list