Artikel Terkini

Suami ditembak gara-gara isteri disyaki tipu wang skim pelaburan

Suami ditembak gara-gara isteri disyaki tipu wang skim pelaburan
Suami ditembak gara-gara isteri disyaki tipu wang skim pelaburan 1

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik cedera di tangan dan leher akibat ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Taman Wangi, Klang pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disyaki isteri mangsa telah menipu wang skim pelaburan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berwarna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan menggunakan dua pucuk pistol.

“Mangsa mengalami kesan kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan pemeriksaan x-ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru di dalam lengan kanan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Ujarnya, pemeriksaan Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menemukan barang termasuk dua objek logam disyaki kelongsong peluru.

Menurut Hoong Fong, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222. – MalaysiaGazette

Suami ditembak gara-gara isteri disyaki tipu wang skim pelaburan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list