Artikel Terkini

Suatu Masa Dulu, Mayat Pernah Dijadikan Ubat Penyakit

Suatu Masa Dulu, Mayat Pernah Dijadikan Ubat Penyakit
Suatu Masa Dulu, Mayat Pernah Dijadikan Ubat Penyakit 1

Orang Eropah pada zaman imperialisme memang jenis hipokrit. Sebaik mendengar kisah kanibalisme dari Dunia Baru, kelompok pribumi dilabel orang gasar dan tidak bertamadun. Ironinya, kelompok ini juga yang menggunakan ubat berasaskan mayat sebagai cara mengekalkan kesihatan mereka.

Kebanyakan ubat diambil daripada semua bahagian mayat yang boleh dimanfaatkan seperti darah, tulang, organ dan lemak. Dan orang Eropah terlupa, tradisi menjadikan mayat sebagai ubat sudah wujud sepanjang lipatan sejarah. Ini berdasarkan penemuan resepi ubat berasaskan mayat dalam manuskrip China, Yunani, India dan Mesopotamia.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Yang lucunya, orang Rom patut juga digelar hipokrit. Suka hati panggil puak-puak luar Rom dari Danube hingga Germania dan Britannia sebagai orang gasar. Tetapi rupa-rupanya, mereka juga menggunakan ubat berasaskan mayat untuk merawat pelbagai penyakit dari batuk dan sakit kepala hingga epilepsi dan lebam-lebam.

Salah satu resepi ubat mayat yang paling menakutkan ialah manisan mayat manusia. Ia disebut dalam ensiklopedia perubatan China abad ke-16, Bencau Gangmu yang dikarang oleh Li Shih-chen. Dakwa Shih-chen, amalan ini dikatakan berasal dari Timur Tengah.

Mengikut catatannya, lelaki berstatus warga emas (usia sekitar 70 hingga 80 tahun) akan menawarkan dirinya sebagai bahan ubat berkenaan. Dia tidak akan mengambil sebarang makanan kecuali madu dan dimandikan dengan bahan sama setiap hari. Selepas si polan ini mati, mayatnya akan dimasukkan dalam keranda yang diisi dengan madu.

Setelah itu, keranda tersebut akan ditutup dan tidak akan dibuka selama seabad. Selepas tempoh tersebut, mayat telah bertukar menjadi gula-gula manis yang didakwa mengandungi manfaat dari segi perubatan.

Dari satu segi, madu sememangnya mempunyai manfaat dari segi kesihatan dan mampu menyembuhkan penyakit seperti batuk dan selesema. Selain itu, ia juga berkemungkinan boleh digunakan sebagai bahan pengawet mayat.

Madu juga punya potensi sebagai bahan pengawet mayat yang baik.

Cuma, di sini masalah Shih-chen. Benar, kisah tersebut berasal dari Timur Tengah tetapi beliau telah tercampur kisah tersebut dengan kisah orang Burma yang mengawet mayat sami dengan mati. Selain itu, motif mengorbankan diri yang dikatakan dilakukan orang Arab ini lebih tepat diaplikasikan kepada penganut-penganut Buddha (Needham & Gwei-djen, 1974). Yang pasti, walaupun ia sekadar mitos tetapi kewujudannya dalam ensiklopedia berkenaan bukan sesuatu yang patut dipandang enteng.

Dari abad ke-12 hingga abad ke-17, salah satu ubat yang dicari ialah ubat mumia. Ubat ini dijaja sebagai ubat ajaib untuk semua penyakit dari ulser hingga sakit kepala. Raja Francis I (Perancis) suka membawa ubat ini ke mana-mana sebagai ubat kecemasan. Sementara cendekiawan Inggeris Sir Francis Bacon mendakwa ia amat bagus untuk menghentikan luka pendarahan.

Disebabkan potensinya sebagai ubat ajaib, bukan sedikit tapak makam Mesir Purba diceroboh dan dijarah bagi mendapatkan mumia. Jika tidak mendapatnya di situ, mereka akan mensasarkan perkuburan sekitarnya bagi memenuhi permintaan ketika itu.

Darah gladiator yang terbunuh menjadi buruan orang Rom sebagai ubat ajaib.

Tetapi ini tidak boleh ubat berasaskan mayat paling tua dalam sejarah: darah manusia. Orang Rom biasanya minum darah gladiator terbunuh di mana kononnya ia menawarkan manfaat awet muda dan panjang umur. Ada juga mendakwa ia boleh mengubati epilepsi apabila dicampur dengan hati manusia. Disebabkan ramai yang mahukannya, ada yang menjual darah gladiator sementara ia masih segar.

Pada abad ke-16 Eropah, ia amat dicari sebagai ubat ajaib yang berharga. Jika merasa sukar mengambilnya secara mentah, ada yang mencadangkan ia diproses sebagai jem pada abad ke-17. Sehingga abad ke-19, orang yang melihat upacara hukuman mati bukan hadir sebagai penonton tetapi untuk mendapatkan darah segar pesalah yang dihukum.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Selain serbuk mumia, ubat serbuk tengkorak juga amat popular di Eropah pada Zaman Pertengahan dan Renaissance. Ubat ini didakwa mampu mengubat sakit kepala kuat – satu manfaat yang dicari oleh Raja Charles II (England) yang ketika itu duduk dalam buangan di Perancis. Lantas, baginda mengupah seorang ahli kimia bernama Jonathan Goddard untuk menghasilkan ubat tersebut.

Setelah ubat tersebut siap, ubat serbuk tengkorak yang dikenali sebagai Titik Raja (King’s Drop) mampu merawat sakit kepala dan memberi kesegaran kepada pemakannya. Tetapi siapa sangka, ubat yang diambil Charles II ini menjadi punca kemangkatannya pada 6 Februari 1685. Baginda dilaporkan gering selama empat hari selepas mengambil ubat berkenaan.

Humanol, sejenis ubat berasaskan lemak manusia.

Tetapi semua ini tidak boleh mengatasi kengerian proses mendapatkan lemak manusia untuk dijadikan sebagai penawar. Kebiasaannya, mayat pesalah atau tentera musuh akan dibawa ke makmal ahli kimia untuk direbus. Ada pula yang bertindak memotong anggota badan mayat dan mencampurkannya dengan pes sebelum direndam dan disuling. Lemak manusia dikatakan mempunyai khasiat baik untuk sakit sendi, kerosakan pada saraf dan ketegangan otot.

Jadi, mengapa hal ini berlaku? Kononnya, dengan mengambil ubatan sebegini, ia membolehkan mereka meraih kekuatan dan kebijaksanaan si mati – sesuatu yang berguna buat yang masih hidup. Tetapi keberkesanannya sebagai penawar penyakit tidak pernah dibuktikan secara saintifik. Dan itu membawa kepada pupusnya amalan terburuk yang dianggap mencemar kesucian mayat.

RUJUKAN

Pandey, S. (2022, 13 Mei). Corpse Medicine: Brains, Mellified Man’s Honey-flesh, or Blood Drinks!. Ancient-Origins.

Suatu Masa Dulu, Mayat Pernah Dijadikan Ubat Penyakit 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list