Sukan SEA Hanoi: Tiada Kontroversi, Kaki Azeem Tidak Jejak Blok Permulaan – Manshahar
Hanoi: Segalanya terjawab mengenai insiden pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang dibatalkan penyertaan pada saringan 100 meter (m) lelaki di Stadium Nasional My Dinh, petang tadi, sekali gus menyebabkan impian Malaysia meraih emas hatrik acara berkenaan tidak tercapai.
Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abd Jalil mengesahkan anak buahnya itu sah dibatalkan penyertaan dan tidak ada apa yang kontroversi mengenai insiden itu seperti yang digembar-gemburkan netizen di media sosial, kononnya pegawai perlumbaan tersalah membuat keputusan.
“Tidak ada kontroversi, segala bukti sudah ditunjukkan oleh pihak juri, pengarah teknikal, pengadil sudah menunjukkan bukti jelas kepada saya. Pengurus pasukan, jurulatih pecut, jurulatih Poad (Md Kassim), jurulatih lain pun ada.
“Buat masa ini, rezeki Azeem memang setakat itu sahaja. Insya-Allah akan datang ada yang lebih baik untuknya,” kata Manshahar selepas tamat final acara riben biru itu yang menyaksikan seorang lagi pelari negara, Arsyad Md Saat menduduki tempat keenam.
Selepas dua kali berturut-turut meraih emas acara 100m pada 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 (Manila), impian untuk mengulangi pencapaian itu tidak kesampaian selepas pelari Thailand, Puripol Boonsoon, muncul juara.
Pingat perak menjadi milik seorang lagi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan gangsa diraih Marc Brian Louis dari Singapura, manakala Arsyad terpaksa berlari dalam kesakitan selepas mengalami kekejangan sejak semalam selepas membantu kuartet 4x100m negara meraih perak serta memecahkan rekod kebangsaan.
“Selepas dijelaskan pengadil dan pengarah teknikal dengan bukti, memang menunjukkan Azeem keluar lebih awal kerana kakinya tidak menjejak blok permulaan itu sebelum atau ketika tembakan pistol pelepasan,” katanya.-HM
Sukan SEA Hanoi: Tiada Kontroversi, Kaki Azeem Tidak Jejak Blok Permulaan – Manshahar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Related
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar