Artikel Terkini

Sukeban – Gadis-Gadis Jepun Mencabar Patriarki

Sukeban – Gadis-Gadis Jepun Mencabar Patriarki
Sukeban - Gadis-Gadis Jepun Mencabar Patriarki 1

Walaupun berdaya maju, masyarakat Jepun boleh tahan konservatif sampai ada masanya bersifat anti-progresif. Institusi perundangan Jepun dibina tanpa sokongan saksama pada kalangan wanita.

Ramai wanita lebih rela dipυkυl suami daripada menuntut cerαi atas kegagalan institusi (Ono, 2009). Satu saja pasal hak wanita, seperti yang terbukti di Amerika Syarikat, Eropah dan kali ini Jepun. Hak wanita jika gagal ditunaikan akan dituntut melalui pembudayaan.

Jepun mengharungi arus pembudayaan luar biasa. Setelah sekian lama tunduk entah apa-apa, anak muda Jepun mula bangkit sekitar 1960-an. Kebangkitan anak muda perempuan ini telah mencetuskan suatu revolusi di luar jangka. Pada zaman itu, anak-anak gadis akan mengenakan pakaian bertutup.

Kira baju kemeja dan skirt panjang senang kata. Tetapi mereka sengaja akan mengikat baju untuk mendedahkan bahagian perut. Ada kalanya baju kemeja pun takkan dipakai. Saja mereka akan pakai baju singkat, untuk menunjukkan bantahan terhadap institusi (Ashcraft & Ueda, 2014).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Pembudayaan Sukeban Jepun

Anak-anak gadis yang mengenakan pakaian sebegini dipanggil “Sukeban” (girlboss). Budaya Sukeban timbul sekitar 1960-an sampai menjadi mesej kepada negara. Mesej ini dibawa generasi terkemudian, kerana sepanjang 1970-an, Sukeban menunjukkan dimensi kewanitaan lebih keras dan ‘besi’.

Orang cakap jangan naik motor. Mereka naik. Orang cakap jangan belajar seni pertahanan diri. Mereka belajar, sampai gaduh sana sini macam gila. Jadi pada mata khalayak umum, Sukeban adalah sebuah αηcαmαη kebudayaan.

Sukeban sengaja melunturkan dongengan “keperempuanan”

Pengamatan ini sebenarnya salah. Sukeban bukan suatu αηcαmαη pada budaya Jepun. Sebaliknya golongan wanita mendatangkan Sukeban sebagai mesej sosial selepas sekian lama gagal melalui komunikasi.

Walaupun Sukeban mendedahkan badan wanita, kena faham satu dimensi: wanita sendiri pilih untuk mendedahkan. Maksudnya, kalau tidak mahu dedah, maka tidak dedahlah.

Kalau betul Sukeban suatu αηcαmαη, ia takkan sesekali mendapat sambutan. Malah Sukeban juga menubuhkan sebuah sistem masyarakat. Sesiapa yang mengambil teman lelaki atau suami orang boleh kena tindakan boleh tahan menakutkan juga. Silap-silap boleh kena bυnυh pun (General, 2019).

Dua Sukeban masuk gelanggang, kau jangan berani kacau.

Mesej dibawa Sukeban mendapat sambutan para lelaki pun. Malah pengaruh Sukeban tembυs masuk dalam layar perak, dengan tayangan filem dibintangi pelakon popular seperti Reiko Ike dan Miki Sugimoto.

Pengajaran Daripada Sukeban

Jiwa muda membuak-buak inginkan perhatian. Dalam budaya konservatif macam Jepun, perhatian memang diberikan… cuma bertapisan dengan perspektif patriarki. Jadi mereka memberoηtαk.

Itu memang semulajadilah. Masuk 1980-an: anak muda menjadi “anak tua”. Gadis-gadis Sukeban bertukar menjadi makcik yang berkahwin dan beranak pinak. Jadi pengaruh Sukeban meluntur secara sendiri.

Sini kita boleh nampak beberapa perkara. Revolusi pembudayaan boleh berlaku daripada bangku sekolah. Suara anak muda usah didiamkan. Lagi Jepun cuba diamkan, lagi mekar jadinya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Lebih baik dengar apa yang cuba disampaikan kalau tidak ingin buat perubahan pun. Kedua dan paling utama sekali pasal hak wanita yang takkan mungkin boleh dihentikan.

Sejarah membuktikan yang perjυαηgan pro-hak wanita sentiasa mendapat penentangan umum. Namun lama kelamaan, perjυαηgan ini dijulang sebagai teras utama. Ini adalah kerana wanita jika inginkan sesuatu boleh bersatu padu.

Amerika Syarikat dan Jepun menunjukkan bagaimana wanita boleh menggoncang negara jika bersatu. Malah sampai hari ini “women’s rights” mendapat sambutan global… kerana semangat penyatuan mereka. Maka isi “women’s rights” itu sendiri takkan mungkin boleh dihalang. Lagi dihalang, lagi menjadi jadi jawabnya.

RUJUKAN:

Ashcraft, B., & Ueda, S. (2014). Japanese Schoolgirl Confidential: How Teenage Girls Made a Nation Cool. Tuttle. Halaman 18.

General, R. (2019, Januari 17). Meet Japan’s Schoolgirl Gangs of the 70s that became a menace to patriarchy. Next Shark.

Ono, H. (2009). Divorce in Contemporary Japan and ITS Gendered Patterns. International Journal of Sociology of the Family. 35 (2): 169-188.

Sukeban - Gadis-Gadis Jepun Mencabar Patriarki 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list