Artikel Terkini

Sumber dedah Mawar Karim dah nikah?

Sumber dedah Mawar Karim dah nikah?
Sumber dedah Mawar Karim dah nikah? 1

Nama Mawar Karim sering menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada usahawan tudung itu membuatkan seolah-olah tidak terlepas daripada kontroversi.

Terbaru, menurut laporan Kosmo! Online, usahawan berusia 33 tahun itu didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari negeri utara.

“Mawar tu dah kahwin dengan di Bukit Tinggi, Pahang,” lapor Kosmo! Online berdasarkan direct message (DM) Instagram diterima daripada seorang individu.

Difahamkan, DM berhubung pendedahan tersebut juga turut disertakan beberapa keping gambar Mawar dengan hiasan tirai latar yang tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan.

Laporan itu menulis lagi, jelas kelihatan usahawan itu berpakaian serba putih seperti busana pengantin selain tetamu yang hadir ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet.

“Dia dah (nikah) 5 Februari,” dakwa sumber itu lagi.

Namun begitu, kesahihan perkara itu termasuk gambar dikongsi tidak dapat dipastikan lagi selain usaha untuk mendapatkan jawapan penjelasan Mawar juga belum berhasil.

Terdahulu, media melaporkan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu sedang bercinta dan mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang tidak didedahkan statusnya.

Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Fizo pada 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Haikal Isa) , Instagram Mawar Karim


Sumber dedah Mawar Karim dah nikah? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list