Artikel Terkini

“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir Sebelum Saya Ke Mahkamah”

“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir Sebelum Saya Ke Mahkamah”
“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir Sebelum Saya Ke Mahkamah” 1

Umum mengetahui, semalam pelakon Puteri Sarah Liyana telah pun memfailkan perceraian terhadap Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Memetik Xtra, Puteri Sarah berkata dia ada menerima mesej daripada suaminya yang mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

BACA: “Cukuplah 9 Tahun Saya Jadi Isteri Mohd Syamsul” – Puteri Sarah

“Syamsul ada WhatsApp, dia ajak berjumpa untuk berbincang. Belum jumpa lagi sebab saya dan dia sibuk dengan jadual penggambaran. Syamsul ada beri kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak boleh kongsikan,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meninggalkan kata-kata buat suaminya itu dalam mengharungi dugaan rumah tangga.

“Insya-Allah, doakan semuanya yang terbaik untuk kita,” katana.

Sementara itu, ditanya apa proses seterusnya jika Syamsul tidak mahu melepaskan Puteri Sarah, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata jika perkara tersebut berlaku ada beberapa peringkat perlu dilalui.

“Kalau umpamanya tak setuju, kita akan teruskan dengan peringkat kedua di mahkamah sama, mahkamah akan rujuk pada Jawatankuasa Pendamai, kedua-dua pihak akan diwakili wakil masing-masing untuk cuba cari jalan.

“Kalau berjaya, kita akan teruskan dengan cerai. Kalau tak berjaya, mahkamah akan rujuk pada hakam pertama (keluarga), kalau tak berjaya, kita akan beralih kepada hakam yang terakhir iaitu hakam mahkamah.

“Kita akan mohon pada mahkamah agar beri mandat kepada hakam mahkamah itu supaya sekiranya dia (Syamsul) masih enggan, autoriti lafaz cerai itu diberikan pada hakam mahkamah yang mewakili plaintif (Puteri Sarah),” katanya.


“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir Sebelum Saya Ke Mahkamah” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list