Artikel Terkini

Tajuddin maklumkan telah berkhidmat demi negara dan rakyat lebih 45 tahun —

Tajuddin maklumkan telah berkhidmat demi negara dan rakyat lebih 45 tahun —
Tajuddin maklumkan telah berkhidmat demi negara dan rakyat lebih 45 tahun — 1

Tajuddin maklumkan telah berkhidmat demi negara dan rakyat lebih 45 tahun — 2

Ahli Parlimen Pasir SalakTajuddin Abdul Rahman menyifatkan kritikan terhadapnya berhubung pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia sebagai tidak adil.

Oleh itu katanya, dia tidak mahu mengulas kritikan orang ramai terhadapnya dan mengambil pendekatan berdiam diri buat masa ini.

Namun, tegas Tajuddin dia bukanlah ‘orang tepi jalan’ yang perlu dilayan sedemikian rupa.

“Saya tidak mahu buat kenyataan menceceh sana sini dan cuma urut dada membaca macam-macam yang orang tulis. Sebahagiannya tidak adil kepada saya.

“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baru telah mendapat persetujuan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Ismail Sabri berkata dia difahamkan Tajuddin telah mendapat surat daripada Presiden Indonesia yang bersetuju dengan pelantikan itu.

“Kita telah setuju lantik (Tajuddin sebagai duta) dan Indonesia juga setuju,” kata Ismail Sabri.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata dia akan bersuara apabila tiba masanya nanti.

“Sebab itu saya nak diam saja dan bercakap apabila sampai masanya,” katanya lagi.

Tajuddin berkata, dia dijangka berangkat ke Indonesia untuk memulakan tugasan baru itu pada minggu depan.

Ditanya adakah dia akan melembutkan nada komunikasinya sebaik saja berkhidmat di Indonesia, Tajuddin menegaskan isu berkenaan bukan perkara penting.

Sebaliknya yang utama ialah keikhlasan dan komitmen terhadap kerja.

“Saya nak turunkan nada dari segi apa? Seorang pejuang tidak sesekali akan menurunkan nada,” katanya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Tajuddin maklumkan telah berkhidmat demi negara dan rakyat lebih 45 tahun — 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list