Artikel Terkini

Tak mustahil ahli lapor RoS usul tidak sah

Tak mustahil ahli lapor RoS usul tidak sah
Tak mustahil ahli lapor RoS usul tidak sah 1

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi tidak menolak kemungkinan akan ada ahli parti itu membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kononnya usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berakhir semalam tidak sah.

Beliau berpendapat ia tidak menyalahi peraturan parti kerana bukan usul pindaan perlembagaan.

“Kalau anak jantan come here and sit here. Itu cabaran juru cakap Melaka kepada KJ. Hairan juga, mana KJ dapat cerita wujud pengundi hantu di PAU UMNO.

“Mesti ada hantu yang bagi maklumat salah kepada KJ. Masalahnya KJ percaya pula kepada hantu tersebut. Begitu sekali cara KJ melepaskan geramnya kepada UMNO.

“Tetapi “boo” dan “pengundi hantu” gagal jadi persepsi untuk memburukkan UMNO. Kumpulan desperado ini akan terus mengasah senjata memburukkan UMNO selagi Zahid jadi ketua.

“Tidak mustahil ada pula yang akan mengadu kepada ROS kononnya usul tambahan itu tidak sah. Sedangkan itu bukan usul pindaan perlembagaan,” tulis di Facebook miliknya hari ini.

Semalam, PAU bersetuju agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.

Ia setelah undian dibuat melibatkan 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan. – MalaysiaGazette

Tak mustahil ahli lapor RoS usul tidak sah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list