Artikel Terkini

Tak tahu ada piket isu MARRIS

Tak tahu ada piket isu MARRIS
Tak tahu ada piket isu MARRIS 1

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan atau perhimpunan bantahan yang didakwa akan dianjurkan wakil kontraktor di negeri ini di hadapan Seri Negeri pagi esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, setakat malam tadi, beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perhimpunan itu yang didakwa berkaitan bantahan pelantikan konsesi untuk peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Saya tak dimaklumkan tentang perkara ini (bantahan). Ia tak ada kena mengena (pelantikan konsesi),” katanya.

Ditanya dakwaan wakil kontraktor yang tidak berpuas hati apabila peruntukan MARRIS itu disalurkan kepada Perbadanan Ketua Menteri (CMI) yang telah melantik konsesi dikenali TAMARRA, Sulaiman berkata, ia tiada isu.

“Tak ada kena mengena, ia sama sahaja tiada siapa yang rugi,” katanya enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo, di sini, malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 rakyat berbilang kaum.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari dan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.

Sulaiman mengulas hasrat wakil kontraktor membantah pelantikan konsesi TAMARRA bagi menyelia dan menguruskan kerja-kerja penyelanggaraan jalan di negeri ini yang sepatutnya diserahkan kepada mereka melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Edaran jemputan kepada media melalui aplikasi Whatsapp, semua kontraktor negeri dijadual hadir memastikan perhimpunan aman dan bantahan pukul 8.30 pagi esok berjalan lancar tanpa membawa kerosakan harta benda dan rusuhan. – MalaysiaGazette.

Tak tahu ada piket isu MARRIS 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list