Artikel Terkini

Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag

Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag
Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 1

Mudah rupanya tanam bunga kobis. Dah belajar tanam kobis, apa kat akita nama kobis bug dan brokoli pula. Almaklumlah sayur tengah mahal ni. Nak-nak brokoli naik 200% harganya. Apa kata, tanam sendiri je. Puas makan. Tapi, ramai yang dah cuba-cuba tanam kata hasil bunganya tak berapa nak menjadi. Nur Zaliana berkongsi cara tanam bunga kobis dan brokoli menjadi dan catik macam beli dekat kedai. Jom kita lihat cara-caranya

Hi Assalamualaikum semua saya nk share cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit.

Cara-cara menanam Caulyflower dan brokoli

1:Menyediakan medium.

Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.

Baca juga: (VIDEO) Semai Kobis Dalam Pasu Dari Keratan Beli dari Pasar Pun Menjadi

Resepi medium tanaman:
2 guni tinja ayam (25-30kg/guni)
3 kerta tolak tanah bakar
2kg kaptan dolomite
1 guni cocopeat (50kg)
kompos angaran 10kgTanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 2 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 4 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 6

Gaul sebati dan biarkan dalam tempoh 2 minggu dalam polybag size 16x16inch

2:Menyemai biji benih.

Tabur biji benih dalam tray semaian, 1biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 8

3:Memindahkan anak semaian.

Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 10 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 12 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 14 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 16

4:Pencahayaan matahari.

Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.

5: Menyiram.

Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.

6:Membaja.

Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.

7:Kawalan serangga.

Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.

8:Masa Menuai.

boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam.Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 18 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 20 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 22 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 24 Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 26

Tanam Bunga Kobis Dan Brokoli Menjadi Dalam Poly Bag 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo