Artikel Terkini

Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa

Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa
Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa 1

Aktiviti merentas desa merupakan satu aktiviti yang menjadi rutin tahunan, tidak kiralah sekolah rendah atau menengah dan dinanti-nantikan oleh setiap pelajar kerana boleh melakukan bersama rakan-rakan.

Namun begitu, siapa sangka aktiviti yang pada asalnya sebagai aktiviti kecergasan di sekolah telah menjdi satu titik hitam apabila seorang pelajar di sebuah sekolah meninggal dunia semasa sedang menjalani latihan merentas desa di persimpangan Kampung Asing.

Menurut laporan, mangsa yang dikenali Aman Basri Muhd Rohaizi merupakan seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan sedang menjalani latihan penyesuaian laluan merentas desa pada jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas.

Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa 2

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris memaklumkan mangsa segera dibawa ke klinik Pengkalan Berangan bagi  menerima rawatan.

Namun begitu, doktor bertugas mengesahkan pelajar berkenaan telah meninggal dunia pada jam 9.05 pagi.

“Guru yang bertugas membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan, namun doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa 3

Pun begitu, hasil temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah terlibat memberitahu bahawa mereka cuba memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa.

“Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.”ujarnya lagi.

Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa 4

Melihat kepada hasil pemeriksaan fizikal terhadap mangsa, terdapat luka di beberapa bahagian iiatu atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

Pada masa yang sama, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris  memaklumkan bapa mangsa menolak proses bedah siasat dilakukan keatas mayat anaknya kerana berpuas hati dengan sebab kematian.

Dimaklumkan, bapa mangsa hanya membuat laporan polis dan menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya wujud perkara berbangkit pada masa akan datang.

“Bapa mangsa membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian. Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang,” katanya.

Berdasarkan hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa, ia mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian


Tersadung, pengsan, pelajar Tingkatan 4 maut ketika merentas desa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list