Artikel Terkini

‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat

‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat
‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat 1

‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat

Anak sulung kepada Perdana Menteri ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu Nurul Izzah telah berkongsi berita sedih di Instagram (IG) miliknya pada Selasa.

Artikel Berkaitan: Anak PM Jadi Mangsa Buli Jalan Raya – ‘Sangat Bahaya, Anak Berusia 2 Tahun Ada Dengan Saya’

Alami keguguran

‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat 3

Menerusi hantaran itu, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak keempat selepas disahkan hamil sekitar November tahun lalu.

Dalam perkongsian itu, Nurul Izzah berkongsi foto berpelukan dengan ibunya Datuk Seri Dr. Wan Azizah bersama DSAI. Katanya, pelukan bertiga itu adalah yang pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama, selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat.

‘The little boot is gone…’

‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat 4

Selain itu, Nurul Izzah menjelaskan keguguran tersebut berkemungkinan berlaku kerana dirinya terlalu aktif dengan urusan kerja namun beliau akur dan reda dengan pemergian anak keempatnya itu.

Sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone…

Walaupun pilu dengan khabar tersebut, Nurul Izzah tetap bersyukur kepada Allah SWT di samping turut memikirkan nasib kaum wanita lain yang pernah melalui ‘episod’ yang sama.

Syukur alhamdulillah. Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.

Bukan itu saja, Nurul Izzah turut mendoakan agar semua insan yang pernah merasa kehilangan akan terus kuat dan tabah kerana kehidupan harus diteruskan.

Selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Nurul Izzah mendirikan rumah tangga dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong pada 5 Ogos 2022.

Sumber: Instagram


‘The Little Boot Is Gone…’ – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list