Artikel Terkini

Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini — MYKMU.NET

Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini — MYKMU.NET
Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini — MYKMU.NET 1

Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini — MYKMU.NET 2

LONDON: Bermula Khamis ini, semua sekatan Covid-19 di England akan dimansuhkan, termasuk keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit Covid-19.

Menerusi temu bual bersama BBC, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan, penarikan semua sekatan Covid-19 ini bakal menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada rakyat England boleh hidup dengan virus maut itu atau sebaliknya.

“Covid-19 tetap ada dan menjadi satu daripada jangkitan paling berbahaya di dunia, namun kita juga sudah sampai ke satu tahap yang menyaksikan kita boleh menyeimbangkan jangkitan dengan kehidupan harian.

“Selepas ini, bergantung kepada anda semua bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan Covid-19 dan anda juga menentukan bagaimana untuk mengelak atau menghindari jangkitan,” katanya.

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memantau penularan berdasarkan data dan capaian sebelum ini, sama seperti menguruskan penyakit kritikal yang lain.

Ujian calitan Covid-19 dan kit air liur juga tidak lagi diberikan secara percuma, termasuk bayaran 500 pound (RM2,850) kepada kumpulan pekerja berpendapatan rendah yang perlu menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, Johnson dikritik hebat oleh pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut yang disifatkan sama seperti ‘mengisytiharkan kemenangan sebelum berperang’.

Banyak pihak beranggapan langkah terburu-buru itu dilakukan bagi menutup masalah yang dihadapi Johnson berhubung skandal parti semasa perintah berkurung sebelum ini.

Menteri Kesihatan bagi parti pembangkang, Wes Streeting berkata, rakyat mahu kerajaan menunjukkan bukti saintifik mengenai langkah yang diambil Johnson sama ada tepat atau sebaliknya kerana keadaan ketika ini ‘belum selamat sepenuhnya’.

“Jelas menunjukkan Johnson mahu mengisytiharkan kemenangan sebelum perang, selain mahu menunjukkan beliaulah ‘hero’ dalam krisis Covid-19 ini,” ujarnya.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Perubatan Britain (BMA), Dr. Mike Tildesley juga menzahirkan kebimbangan dengan langkah membenarkan pesakit Covid-19 melakukan aktiviti harian tanpa sekatan.

Jelas beliau, tindakan itu hanya menyebabkan kes jangkitan meningkat dan lebih ramai golongan terdedah.

Tildesley turut menyifatkan keputusan Johnson sebagai ‘pelik’ kerana masih ramai yang maut akibat virus tersebut.

Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list