Artikel Terkini

Tiada siapa boleh halang ahli UMNO rujuk RoS

Tiada siapa boleh halang ahli UMNO rujuk RoS
Tiada siapa boleh halang ahli UMNO rujuk RoS 1

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah tempat rujukan terakhir untuk ahli parti untuk menentusahkan keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Naib Presiden UMNO itu berkata, setiap ahli mempunyai locus standi mempunyai kepentingan dalam parti apabila timbul masalah berkait dengan pendaftaran, kesahihan, mesyuarat dan sebagainya.

“Setiap ahli berhak atau siapa-siapa rasa nak pergi ke ROS, tidak ada sesiapa boleh menghalang mereka. Terserah kepada ROS untuk buat keputusan.

“Seperti saya kata, setiap ahli dalam UMNO berhak apabila mereka mempunyai locus standi kerana mempunyai kepentingan kepada UMNO apabila timbul masalah berkait dengan pendaftaran, kesahihan, mesyuarat dan sebagainya. Maka rujukan terakhir mereka adalah ROS,” katanya lapor Berita Harian.

Ismail Sabri ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan dua ahli UMNO yang mendesak ROS meneliti laporan persidangan PAU 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang.

Kelmarin, aduan kepada ROS dibuat ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammmad Rom.

Mereka mendakwa usul berkenaan adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri menegaskan yang situasi dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini kekal tenang.

Malah katanya, situasi dalam UMNO sekarang lebih baik, malah jauh lebih tenang sekali gus menyangkal dakwaan berlaku keadaan berpuak-puak dalam UMNO.

“Lebih tenang. Sudah tentu kita tenang sekarang. Memang kita pun tenang sekarang. Tak ada masalah. Ada masalah tak dengan BN (Barisan Nasional)?” katanya

Tiada siapa boleh halang ahli UMNO rujuk RoS 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list