Artikel Terkini

“Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok”

“Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok”
“Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok” 1

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai adegan panas dipaparkan menerusi trailer filem Pulau yang baru sahaja dilancarkan.

Memetik Utusan Online, salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Ikmal Amry berkata tiada siapa paksa untuk orang menonton filem tersebut dan jika tidak suka tidak perlu tonton.

BACA: Isteri Ikmal Amry Mengidam Nasi Goreng Hotel Langkawi

Menurut Ikmal lagi, dia tidak terlibat dalam sebarang babak panas dan hanya membuka baju apabila untuk babak tertentu sahaja. Tambahnya lagi, dia juga akan mengelak melakukan babak panas.

“Tiada siapa paksa anda semua tonton. Siapa tidak suka, tidak perlu tengok. Kena bayar kot. Ketika itu, isteri saya sedang sarat mengandung. Bila baca skrip, memang tidak ada babak panas. Saya sudah berkahwin, kalau boleh memang akan elakkan babak sebegitu. Kasihan isteri saya.

“Tetapi, memang ada babak buka baju untuk berenang dan sebagainya. Itu sahaja. Saya buka baju hanya untuk babak yang memerlukan. Bukan hari-hari tayang badan. Tengok skrip dan keperluan.

“Saya tahu ada adegan panas, tetapi itu tiada kaitan dengan saya. Macam inilah, kalau tidak suka, tidak perlu tonton. Saya tidak galakkan. Tetapi, jangan hukum saya sebab saya tidak buat adegan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ikmal turut meminta penonton supaya menguar-uarkan pendapat mereka tentang filem tersebut jika ianya bagus. 

“Kalau Pulau bagus, bagitahu kawan-kawan. Uar-uarkan. Tetapi, kalau rasa Pulau tidak bagus, diam sahaja,” katanya.

Terdahulu, ramai yang menggesa Lembaga Penapis Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan filem Pulau karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu.

Filem itu menampilkan gandingan pelakon hebat antaranya Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron dan Wan Hanafi Su mengisahkan percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berdepan kisah mistik menyeramkan dengan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam.


“Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list