Artikel Terkini

Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias

Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias
Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias 1

GUA MUSANG – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan yang menggambarkan keperitan hidup dipikul Orang Asli suku kaum Temiar, di sini, apabila terpaksa menggunakan sumber air Sungai Wias yang tercemar bagi meneruskan kehidupan.

Mana tidaknya, sungai tersebut menjadi satu-satunya sumber air utama bagi enam keluarga yang menetap di Kampung Kuala Wias.

Wakil penduduk, Kilot Busu, 73, memberitahu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ada membekalkan sumber air bersih dengan kaedah boring atau air bawah tanah, namun ia hanya dapat dimanfaatkan dalam tempoh dua minggu sahaja.

“Kita perlukan minyak diesel bagi hidupkan generator untuk pam dapatkan air boring. Namun, bila minyak itu habis dalam dua minggu, akhirnya kami terpaksa juga guna air sungai,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias 2
Kilot Busu (depan) bersama beberapa penduduk kampung terpaksa menuruni cerun bukit dengan membawa botol kosong untuk mengambil ‘air hitam’ Sungai Wias.

Jelas Kilot, mereka perlu menunggu hampir dua bulan untuk mendapatkan tambahan stok bekalan minyak diesel kerana pihak JAKOA memaklumkan peruntukan adalah terhad.

“Sebulan lebih juga perlu tunggu dan akhirnya mereka (pihak kontraktor yang dilantik JAKOA) datang bawa minyak. Mereka kata minyak ini jangan guna hari-hari sebab minyak itu satu tong untuk sebulan.

“JAKOA pun kadang-kadang ada datang melawat kampung ini tapi itu pun sebab mereka mahu pantau generator air sahaja. Bila kita merayu minta minyak diesel lebih, katanya peruntukan tidak cukup,” ulasnya.

Tiada pilihan lain, hampir 30 penduduk di kampung berkenaan terpaksa menggunakan ‘air hitam’ Sungai Wias yang berbau hanyir untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun berdepan ancaman kesihatan.

Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias 3
Salah seorang penduduk terpaksa menjadikan ‘air hitam’ Sungai Wias yang berbau hanyir sebagai sumber minuman.

“Kaki saya gatal lepas mandi sungai. Cucu saya pun badan gatal lepas mandi sungai itu. Penduduk lain pun alami masalah sama, ada ramai yang cirit-birit, selesema dan demam. Kami terpaksa minum dan mandi guna air ini. Risiko itu memang kita tahu, tapi kami tiada pilihan,” kata Kilot dalam keadaan sebak.

Pengerusi Wilayah Tanah Adat Kampung Kuala Wias dan Kampung Wok, Jimi Angah turut berkongsi kesedihan sama apabila mendedahkan terdapat satu kematian Orang Asli dipercayai angkara pencemaran Sungai Wias.

“Sebelum ini memang ramai yang jatuh sakit. Ada juga yang mati iaitu sekitar 2018 ketika pencemaran baru bermula. Kami tanya KKM mengenai punca kematian sahabat kami itu, namun tidak diberitahu. Bila ditekan-tekan, barulah mereka maklumkan sebab hepatitis,” katanya.

Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias 4
Jimi Angah

Jimi berkata, mereka yang sakit hanya akan berikhtiar dengan rawatan tradisional seperti mencari herba di hutan memandangkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) hanya akan masuk ke kampungnya sebulan sekali.

“KKM akan datang sebulan sekali, sebelum ini ramai yang sakit maka KKM buat rawatan di perkampungan kami. Ada juga yang dibawa ke klinik di Meranto serta Gua Musang. Sukar kami mahu keluar sebab keadaan jalan yang teruk serta tiada kenderaan,” katanya.

Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan, penduduk Orang Asli di sini dikejutkan dengan warna air Sungai Wias yang bertukar kehitaman pada pertengahan tahun lepas dipercayai akibat aktiviti perlombongan emas. – MalaysiaGazette

Tiada sumber lain, Orang Asli terpaksa minum ‘air hitam’ Sungai Wias 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list