Artikel Terkini

‘Tiket Mahal, Pengurusan Barai’ – Pengunjung RTW2022 Luah Rasa Tidak Puas Hati

‘Tiket Mahal, Pengurusan Barai’ – Pengunjung RTW2022 Luah Rasa Tidak Puas Hati
'Tiket Mahal, Pengurusan Barai' - Pengunjung RTW2022 Luah Rasa Tidak Puas Hati 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Rock The World 2022 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam di anggap sebagai ‘indah khabar dari rupa’ selepas beberapa masalah yang timbul sehingga membuakkan rasa tidak puas hati pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Acara perayaan muzik yang menampilkan pelbagai jenis kumpulan ini telah dihadiri oleh beribu orang dari seluruh Malaysia. Selain barisan kumpulan muzik tempatan, RTW2022 – yang meraikan ulang tahun ke-20 – turut menampilkan buat pertama kali sejak penubuhannya iaitu kumpulan muzik asing dari Indonesia.

Bagaimanapun, melihat kepada acara yang berlangsung semalam, ramai pengunjung yang hadir meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak pengurusan RTW2022.

Antara yang menjadi isu ketidakpuasan hati pengunjung adalah bab masa, di mana kumpulan yang dijadualkan bermain pada masa yang ditetapkan terpaksa menunggu lama. Kesan daripada pengurusan masa yang tidak cekap ini, kebanyakan kumpulan hanya dapat mempersembahkan 3 lagu sahaja.

Selain itu, pengunjung juga terpaksa beratur panjang untuk masuk disebabkan urusan penebusan tiket yang tidak cekap.

Dalam masa yang sama, pengunjung juga menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan RTW2022 yang seolah-olah menjalankan acara ini dengan sambil lewa.

Kecaman ini tidak hanya berlangsung pada masa acara itu berlangsung, tetapi berjangkit sehingga ke laman Twitter. Melalui ciapan ucapan terima kasih yang dibuat oleh RTW2022, terdapat komen-komen negatif yang dilontarkan oleh pengunjung RTW2022 tahun ini.

Komen pedas dari pengunjung RTW2022 ini sebenarnya berasas kerana festival RTW bukan kali pertama dilangsungkan. Ia telah berlangsung sejak tahun 2000 lagi. Dan masalah teknikal seperti soal masa dan hal pengurusan sepatutnya tidak menjadi masalah untuk sebuah organisasi yang sudah bertapak lama.

Sejak berlangsungnya acara ini semalam, pengurusan RTW masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan balas di atas permasalahan yang berlaku pada acara RTW2022 tahun ini.


'Tiket Mahal, Pengurusan Barai' - Pengunjung RTW2022 Luah Rasa Tidak Puas Hati 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list