Artikel Terkini

Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah

Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah
Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah 1

BALIK PULAU – Penduduk kawasan Permatang Pasir, di sini, harap bakal wakil rakyat Parlimen Balik Pulau menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang sudah lama membelenggu mereka.

Rata-rata penduduk meluahkan kekecewaan berhubung isu tekanan air rendah yang menyukarkan penduduk menjalani kehidupan harian.

Menurut Mohd Khalil Yusof, 45, meskipun wakil rakyat daripada kerajaan serta pembangkang silih berganti namun masalah tekanan air rendah masih gagal diselesaikan sehingga kini.

Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah 2
Mohd Khalil.

“Setiap kali tiba musim pilihan raya kami dijanjikan masalah ini akan selesai tapi tiada sebarang perancangan dibuat untuk ke arah itu.

“Bila hari biasa pun air dah perlahan bayangkan bila tiba-tiba tempat ini ada isu bekalan air terputus. Tak sempat simpan apa air dah tak ada

“Jadi kini bila ada calon bertanding jawatan Ahli Parlimen tampil nyatakan akan telaga boring sekiranya diberi mandat memberikan satu keyakinan kepada kami,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Seorang lagi penduduk, Nurul Aishah Wahianuwar, 19, berkata, mereka berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih apabila kawasan perumahan mereka berdepan situasi bekalan air terputus.

Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah 3
Nurul Aishah.

“Banjir baru ini mereka tutup bekalan air jadi kami di sini nak dapat air bersih untuk masak, ambil wuduk semua susah.

“Itu belum ambil kira kesusahan harian yang dihadapi penduduk untuk masak, cuci pakaian banyak tergendala disebabkan tekanan air rendah.

“Kami dah letih buat aduan tapi tiada sebarang penyelesaian. Kami harap ada telaga boring yang menjadi alternatif buat penduduk sekiranya berdepan situasi masalah air,” katanya.

Bagi, Yusof Ahmad,37, pula, tekanan air rendah berlaku tidak tentu masa adakalanya pada siang hari dan adakalanya malam menyebabkan mereka sukar melakukan rutin harian.

Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah 4
Yusof.

“Isu ini dah berlarutan lama dan kami sendiri tak tau nak bajet bila air akan jadi slow (perlahan). Kadang-kadang kena berjaga malam untuk simpan air bagi kegunaan di siang hari.

“Kampung kami agak tercorot dalam kawasan Balik Pulau jadi tak ramai nak ambil peduli isu yang dihadapi menyebabkan masalah ini tidak selesai.

“Jadi kami harap calon yang akan kami pilih pada pilihanraya kali ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang membelenggui lebih 100 penduduk di sini,” katanya. – MalaysiaGazette

Tolong selesaikan masalah tekanan air rendah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list