Artikel Terkini

Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun — MYKMU.NET

Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun — MYKMU.NET
Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun — MYKMU.NET 1

Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun — MYKMU.NET 2

Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun

Tidak berniat menimbulkan kekecohan, sebaliknya tindakan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok berkongsi penyata bank bayaran royalti sebagai komposer yang diberikan syarikat rakaman, Suria Records hanya untuk memberitahu masyarakat realiti kehidupan anak seni yang sebenar.

Baru-baru ini, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 36, berkongsi penyata bank yang diterima antara 2013 hingga 2020 berjumlah RM19.06 dalam akaun Instagram (IG) yang cukup mengejutkan ramai.

Tomok berkata, tindakannya untuk memberitahu orang luar kehidupan anak seni tidak semuanya indah.

“Memang betul jumlah RM19.06 sahaja diterima untuk tempoh tujuh tahun. Saya hanya ingin memberitahu masyarakat bahawa inilah realiti dihadapi sebagai penyanyi.

“Walaupun royalti bukan sebagai artis, tetapi komposer, ia tetap tidak masuk akal.

“Orang luar sering dimomokkan dengan cerita kehidupan artis bagaikan atas kayangan, tetapi itu hanya indah depan mata. Hakikatnya, kami juga melalui perjalanan sukar dalam kehidupan dan karier,” katanya kepada BH Online.

Tomok ditemui pada sidang media drama Tumpang Lalu Bang secara virtual, baru-baru ini.

Justeru, Tomok yang sudah lebih dua dekad berada dalam industri menasihati generasi muda agar beringat, belajar menyimpan dan tidak membazir untuk perkara yang tidak perlu sebagai persediaan pada saat memerlukan.

“Saya tak sangka sama sekali apa yang dikongsikan menjadi tular. Tetapi, saya rasakan ia perlu dikongsikan.

“Oleh itu, saya sentiasa mengingatkan diri agar menyimpan dan tidak membazir untuk perkara tidak perlu.

“Nasihat saya kepada artis baharu, apabila nama sedang popular, mereka perlu belajar untuk menyimpan duit. Saya pernah muda dan berseronok, tetapi kita juga sebenarnya perlu tahu bila masa perlu tarik ‘hand break,” ujar Tomok.

Terdahulu, pada 12 Januari lalu, penyanyi yang popular menerusi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu memuat naik paparan foto penyata bayaran royalti sebagai komposer yang diterima sehingga mengundang simpati pengikutnya.

“Pahit untuk ditelan, tetapi tidak mengapa, terus pandang ke depan.” tulisnya.

Sementara itu, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), Muhammad Shazni Shawal, berkata artis dan komposer harus peka apa hak mereka.

Katanya, ramai tidak mengambil tahu, justeru mereka perlu ada kesedaran tinggi bagaimana mahu mendapatkan semula hak.

Namun, Muhammad Shazni menafikan pembayaran royalti dikongsikan Tomok berjumlah RM19.06 daripada MACP.

Katanya, MACP akan membuat pembayaran kepada ahli melalui pemindahan wang dalam talian, bukan menerusi cek seperti dikongsikan Tomok, manakala pengagihan royalti dilakukan pada Julai, setiap tahun.

“Pengiraan royalti dibuat berdasarkan laporan diterima daripada pengguna. Semakin banyak lagu dimainkan dan menerusi kaji selidik yang dibuat seperti stesen radio, televisyen, pengguna awam, konsert dan sebagainya, banyak royalti akan diterima oleh komposer.

“Sebab itu, pencipta perlu ada trek sendiri di mana lagu diputarkan. Memang kerja leceh, tetapi pencipta dan penyanyi perlu ada kesedaran serta tanggungjawab untuk tahu hak sepatutnya mereka dapat.

“Ramai sebenarnya tidak tahu, persembahan seperti majlis makan malam, korporat dan konsert harus dilesenkan untuk membolehkan tuntutan royalti dibuat,” katanya.

Muhammad Shazni berkata, ahlinya yang tidak jelas berkaitan pelesenan boleh merujuk kepada MACP untuk maklumat lanjut.

Tambahnya, MACP menjaga kebajikan ahli sebaik mungkin, tetapi mereka harus tahu menuntut hak masing-masing.

“Semua karya ahli di bawah Akta Hak Cipta 1987. Masalahnya mereka tahu lagu dimainkan di merata tempat, tetapi tidak tahu bagaimana mahu membuat tuntutan.

“Jika kurang pasti, rujuk MACP kerana kami akan membantu membuat pemeriksaan dan membuat kutipan.

“Pencipta perlu membantu MACP agar dapat menolong mereka kembali. Malangnya, ramai yang tahu buat lagu, tetapi tidak tahu bagaimana mendapatkan royalti,” katanya.

Mengulas jumlah royalti diterima Tomok, Muhammad Shazni berkata, setiap badan pengutip royalti mempunyai tarif yang berbeza.

Justeru, katanya, dia tidak dapat mengulas lanjut berhubung isu royalti Tomok. BH

Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list